Mic yang digunakan berharga 20k,tapi...

by 1:15 AM 0 comments
Sekadar gambar hiasan
Baru baru ini saya ada mengattendkan diri ke satu show muzik sekitar Kota Kinabalu.Dalam program tersebut ada penyanyi jemputan dari Semenanjung Malaysia yang sudah tidak asing lagi nama mereka di persada muzik tempatan dan silap silap dah antarabangsa pun.

So,bila show nak mula aku pun dah ready ambik tempat dan give a full support pada opening act yang memang mantaplah.Ditambah lagi dengan persembahan bertenaga dari penyanyinya dan ahli kumpulan lain.Cuma,selang beberapa minit lagu pertama bermula,aku rasa heran bila tak dapat dengar bunyi gitar.So,aku tak kisah lah.kali telinga aku ni yang tak biasa dengan suasana showcase yang gah sebegitu rupa.

Tiba tiba,ada suara dari depan aku menjerit pada soundman yang bertugas masa itu supaya menyuruh ubah tu bunyi atas sebab tak dapat dengar muzik dengan jelas.Uikk,ini rasanya ada yang tak kena.Bermakna telinga aku ni sama dengan telinga merekalah iaitu tak dapat mendengarkan kesemua bunyi dari instrument yang dimainkan....

No wonderlah ramai penonton yang menoleh berulang kali kepada orang yang menjaga sound sistem tersebut.Ingatkan apa,rupanya membawa maksud supaya membuat perikasa semula akan kualiti bunyi.Dengar khabar dari orang orang yang ada di sana, MIC yang digunakan untuk program tersebut mencecah harga rm20k.wahhhh,tu dah terlalu mahal punya gadjet woo.Tapi,bunyi muzik dan suara penyanyi masih juga tak semahal barangan yang digunakan.Ada juga suara dari depan aku menjerit yang memberitahu bahawa soundman tu tak profesional sehinggakan menghasilkan kualiti bunyi yang tak sepatutnya.Aku tak berani lah nak komen atau tanya dengan lebih lanjut.Almaklumlah,ilmu pengetahuan masih cetek dalam bidang ini.Apa pun,aku dapat belajar sesuatu dari perkara ini.

Boleh di rumuskan bahawa kesemua yang membuat persembahan di atas pentas tu menyatakan ketidak puashati mereka .Tapi secara profesional lah,takkan nak jerti atau tegur tu soundman kan.Pemuzik pemuzik tu semuanya dah profesional dan sering kali buat LIVE SHOW.

p/s
Kualiti Bunyi tidak bergantung 100% pada barangan yang digunakan.Ianya juga ada hubung kait dengan orang yang menjaga,mengatur dan mempnyai deria pendengaran yang hebat.terutamanya mengendalikan LIVE BAND dan sebarang event yang berkaitan kumpulan...:)

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..