Mereka adik beradik

by 3:37 PM 5 comments
Memang tidak dinafikan penglibatan diri dalam aktiviti seni iaitu muzik tidak mengenal kulit mahupun rupa.Ini terbuukti dimana ada beberapa buah band yang mana ahli anggota kumpulan mereka terdiri dari adik beradik.Secara jujur,bukan mudah nak manage ahli kumpulan yang dalam status adik beradik ni.Seilah olah ianya macam berada di jamuan keluarga atau di rumah sahaja.

Tapi,mereka semua ini profesional dan tahu membahagikan yang mana karier,hobi dan tanggungjawab dalam keluarga.Berikut adalah antara band band tempatan yang mana ahli kumpulannya mempunyai hubungan tali persaudaraan iaitu adik beradik..

Paprika
Siapa tak kenal band ini dimana Nal (vox),Tuah (bass) & Amy(drum) adalah adik beradik.Memang aku respek akan band ini yang mempunyai minat yang mendalam mengenai muzik.Pernah juga aku tertanya tanya,"pernahkan mereka ini bergaduh ketika buat show atas stage"..hehehhe

The Retrock
Haa,siapa tidak kenal dengan band rock & roll ini iaitu The Retrock.Ahli kumpulan mereka juga terdiri dari adik beradik iaitu Santo(drum) & Ozie(Vox).gandingan mantap bila mereka buat persembahan di mana mana gigs dan juga showcase.

Cahaya D' Folk

band ini juga iaitu Cahaya D' Folk mempunyai ahli kumpulan yang memiliki hubungan talian saudara iaitu Adik beradik.Iaitu antara Wan(vox) dan juga Nik(1st gitar).

Kenappa Band
Opss,baru dapat info yang Kenappa band ini juga mempunyai ahli yang berstatus adik beradik iaitu Bebe (keybordist) dan juga Boy(bassist).wahh,band ini pun dah mula menampakkan taring kalau beraksi di atas pentas.dan soalan paling femos di tanya oleh crowd kenappa?hahaha


Jade Sisters
Macamana aku boleh lupa dengan mereka ini?Cuma,bezanya mereka ni bukan BAND.tapi meraka adalah penyanyi secara kumpulan.Alahh,macam FEMININ,RES2 dan ramai lagi.haa,lebih kurang lah...

Apa pun TQ pada brader chriss sebab kasi ingat.Ni plak adalah gandingan paduan 4 suara adik beradik yang tidak boleh di nafikan memang mantap.Mereka sudah mengeluarkan beberapa buah lagu yang kini ada di pasaran.Make sure anda dapatkan CD mereka dan anda dengar sendiri bagaimana ke empat empat adik beradik ini berpadu suara...:)

Harmonika

Opsss,ada lagi band yang mempunyai talian adik beradik ni.band HARMONIKA ini berasal dari daerah tawau dimana vokalis & drummernya adalah adik beradik.Kalau aku turun Tawau,selalu jugak lepaking dengan mereka ni.Siap kena belanja makan Sate MAS AF lagi woo...:)

Merejeen
Nahhh kan,aku lupa lagi akan band yang sudah ramai peminatnya iaitu Merejeen.Band ini juga mempunyai ahli kumpulan yang berstatus adik beradik iaitu Kiss(drummer) & Din(vokalis).Masing masing mempunyai kehebatan masing masing semasa beraksi di pentas.Siapa tak kenal Kiss yang bermain drum sambil berdiri di atas kerusi.Manakala suara Din yang hebat yang sering dapat jemputan untuk bermain gigs metal sekitar KK.


Z's~All~4'eM
Lagu single mereka iaitu PACARKU JAHAT SEKALI dah balik balik menjadi pilihan pendengar di onlinefm.Dimana band yang berasal dari sandakan ini juga merupakan sebuah band indie yang mana kelima lima mereka adalah bersaudara iaitu Adik beradik.Nahhhh,amacamm....best kan..


p/s
setakat ini baru 8 kumpulan sahaja yang aku ketahui mempunyai hubungan kekeluargaan antara ahli kumpulan mereka iaitu adik beradik.mungkin ramai lagi band band diluar sana yang sama dengan mereka.Cuma aku sahaja yang belum tahu atau tidak tahu.Apa pun,kamu memang bertuah kerana di anugerahkan olehNYA iaitu minat yang sama dalam aliran MUZIK... 

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..