Gitar kecil yg ada bunyi yang besar

by 4:32 PM 0 comments
Orkes Akiuku
Tak ramai yang pandai main gitar kecil atau lebih dikenali sebagai Ukelele.Biarpun saiznya kecil dan kiut,tapi jangan silap akan harganya.Bukan sekecil gitarnya.Pada yang serius untuk bermain ukelele ini,mereka kena mempelajari basic bermain gitar dan mempunyai kenalan yang turut sama bermain ukelele.Ukelele tak sesuai di mainkan bersama gitar elektrik yang anda sedia maklum.Klu tak,siap lahhhh...

Sekitar Kota Kinabalu ini,terdapat sebuah komuniti yang dikenali sebagai Orkes Akiuku atau lebih jelasnya Orkestra yang bermain gitar Ukelele sahaja.Mereka sering kali mendapat jemputan membuat persembahan di kolej kolej dan mana mana program yang ingin mendengar petikan gitar kecil ini.Pada yang belum pernah mendengarkannya,keadaan terpegun dan tergamam adalah simtom biasa yang kita lihat.Kerana soalan yang akan bermain di kepala mereka adalah "Adakah itu gitar kayu kecil?dimana ada jual tu gitar?dia guna string apa tuh?" dan macam macam lagi...



Kepada anda yang ingin belajar atau lepaking bersama sama dengan pemain gitar kecil ini,hubungi mereka melalui laman sosial yang terdapat di atas ini.Dan enjoy bermain gitar kecil sambil menyanyikan lagu lagu cover yang sesuai dan besar kemungkinan anda akan mampu mencipta lagu yang sesuai dengan keadaan mahupun suasana yang relax.

Tapi sebelum itu,saya tingalkan anda dengan salah satu klip vedio dari komuniti ini dimana mereka telah membuka mata pelbagai pihak akan kehebatan gitar kecil ini ditambah dengan minat yang mendalam dan harapan agar mereka mendapat jemputan untuk membuat persembahan di progam yang bakal anda anjurkan sebab kalau bukan KITA,SIAPA lagi




BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..