Bukan senang mau tembus,tapi

by 4:06 PM 0 comments
Carta Artis Sabah a.k.a CLAS
Pehhh,aku baru ternampak keratan akhbar tempatan ini dimana seramai 3 buah band telah berada di carta TOP 10.Sebenarnya,ni pun dengar ceritalah memang sukar nak tembus atau nak sesebuah lagu diputarkan di corong corong radio frekuensi tempatan.banyak yang perlu kena lepas.Antaranya Lirik kena bersih,jelas dan juga kualiti lagu tersebut dari segi proses penghasilannya...

Nahh,bukan senang kan,tapi dengan berbekalkan semangat kental,dorongan keluarga,doa ibu bapa serta support member member seperjuangan dalam industri muzik,Alhamdulillah beberapa buah band tempatan telah berhempas pulas meloloskan diri mereka untuk memasuki carta atris Sabah atau lebid femos di pangil CLAS.

Kalau anda lihat keratan akhbar di atas, kumpulan MakhlukThe Fingers & Cahaya D Folk telah berjaya menduduki carta Top 10.Masing masing mempertaruhkan lagu ciptaan sendiri.Ini sudah menampakkan yang band band temopatan telah berani menyahut cabaran beberapa pihak untuk menghantarkan lagu untuk di calonkan dalam Carta lagu tempatan.

Cahaya d' Folk
Cahaya D Folk telah mempertaruhkan Single pertama mereka iaitu KAU HARUS TAHU di Carta Artis Sabah dan rasanya masih lagi berada di kelompok 10 terbaik...

The Fingers
manakala kumpulan The Fingers pula mempertaruhkan lagu IMPIAN dimana kelantangan suara VOX mereka iaitu Shuib memang tidak boleh di nafikan lagi...

Makhluk
Dan band yang sudah tidak asing lagi dengan konsep ROCK KAPAK mereka iaitu kumpulan Makhluk telah mempertaruhkan lagu ciptaan mereka berjudul HIDUP YANG BARU.Dimana rasanya satu satunya band ROCK KAPAK yang masih mengekalkan identiti band rockers sekitar 80an...


Kalau band band diatas MAMPU menghasilkan lagu yang boleh di terima oleh RTM,kenapa pulak tidak BAND ANDA?buktikan yang ANDA juga mampu menghasilkan lagu lagu yang bagus,lirik yang mudah difahami,dan diterima oleh pendengar radio frekuensi tempatan.

Rasanya,ini adalah satu PERMULAAN untuk band band menampakkan TARING mereka di persada muzik tempatan.Cari rekoding studio yang sesuai dengan budjet anda,bincang dengan mereka,minta tunjuk ajar dengan SOUND ENGINEER tersebut.Sudah pasti,dia(sound engineer) tahu akan perkara perkara ini.

Insyallah,lagu anda akan kedengaran di corong corong radio tempatan tidak lama lagi.Kunci akan kejayaan ini adalah TEAM WORK,tanpa kerjasama dari ahli kumpulan,band mate yang lain,band anda tidak kemana.dan akan tengelam timbul umpama GABUS DI TENGAH LAUTAN...cewahhhhh,ayat.Bikin panasssss.hahah

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..