Membawa haluan masing masing

by 3:02 PM 0 comments
Kusangkakan panas hingga kepetang,rupanya hujan di tengahari.Begitulah perumpaman yang boleh aku katakan pada band yang telah pun sebulat suara menyatakan yang mereka kini dah berpecah dan membawa haluan masing masing.


Collared Owlet

seperti mana yang anda nampak gambar diatas merekalah yang telah menyatakan yang bermula dari sekarang Collared Owlet sudah mengambil haluan masing masing.Info ini pun saya dapat dari sahabat yang sentiasa memberikan info atau bahan yang berkaitan muzik sekitar Sabah.Almaklumlah,aku pun masih dalam proses pembelajaran mengenali band band seluruh Sabah ni.

Cuma,sebagai tanda hormat aku pada keputusan ini,aku tidak ingin bertanyakan sebab kenapa perkara ini berlaku.Rasanya tak elok nak ambik tahu dan biarlah mereka yang tahu akan apa yang mereka alami.Kita hanya beranggap yang mereka berpecah atas sebab ingin memajukan diri dalam bidang yang mereka ceburi ini iaitu MUZIK. 

Collared Owlet

Cuma aku sedih kerana tak berkesempatan melihat mereka membuat persembahan di program yang bakal kami anjurkan di masa akan datang.Tapi,apa nak buat,dah tak de jodoh.yang penting,life must go on dan bidang muzik mereka masih jauh dan panjang.Sama sama kita doakan agar mereka berjaya dalam apa jua yang dihajatkan

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..