Sorry BRO,ada masalah tadi

by 11:10 AM 0 comments
Sekadar gambar hiasan
Sorry BRO,ada masalah tadi....itu adalah ayat yang saya sendiri dapat dari yang membuat persembahan.tapi,tak semua jugak yang lewat datang.ada juga yang awal 30min,itu dah cukup bagus kerana dapat tengok persembahan dari band band lain..:)

Alhamdulillah dan syukur atas berakhirnya program yang balik balik tertunda iaitu VOICE OF RAKAN MUDA anjuran Jabatan Belia & Sukan cawangan Sabah dengan kerjasama Rakan Muda.program ini berlangsung selama dua hari iaitu pada sabtu dan ahad lepas.Dimana OnlineFM di bagi kepercayaan oleh penganjur untuk menampilkan bakat baru dalam mempersembahkan muzik secara berkumpulan atau lebih mesra di pangil Band.

Pihak kami iaitu OnlineFM telah memberikan peluang kepada 34 buah band sekitar kota Kinabalu untuk mereka menunjukkan bakat mereka kepada pengunjung.Acara bermula seawal jam 8 pagi dimana VVIP telah membuat lawatan ke semua Booth yang mengambil bahagian dalan acara karnival ini.Cuma yang amat menyedihkan adalah band atau kumpulan muzik kita yang tidak pernah DATANG pada masa yang di tetapkan oleh penganjur.

Kalau nak cerita atau tulis dalam blog ni memang panjang.tapi,tak payahlah nak panjang panjangkan lagi.Sebab bukan apa,MEREKA iaitu band band tersebut yang inginkan diberi peluang untuk membuat persembahan,TETAPI,hasilnya tak hadir kan diri dan tak menepati masa seperti yang tercatat dalam program.

Cuma,tak semua lah band yang macam ini.Dan pada yang hadir dan lewat tu,susah juga nak cakap kan.Jawapannya kami akan membuat penjelasan pada penganjur akan masalah ini.memang betullan apa yang penganjur penganjur lain katakan,yang band band ini tak akan pernah nak majukan diri terutamanya dalam MENEPATI MASA.kerana itu adalah asas untuk mau kehadapan.

So,pada siapa yang terasa tu,ampun maaf di pinta dan sekalung TAHNIAH kepada beberapa buah band yang telah DIPINANG oleh penganjur untuk mengisi kekosongan slot KARNIVAL BELIA yang seterusnya yang bakal berlangsung pada bulan hadapan.Tak rugi mereka datang awal,buat show yang amat bertenaga hingga dapat menarik ramai pengunjung ke hadapan stage.

So,kepada band band yang hendak maju dan nak peluang membuat persembahan di mana mana acara atau program,sila perbetulkan sikap anda dengan iaitu menghormati MASA.Kerana itu adalah asas untuk berjaya

Good luck guyz..:)

p/s
Band yang sama sekali tak hadir dan tak call tu yang betul betul buat saya tertanya tanya.What happen???

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..