Rockers di Kota Kinabalu

by 10:04 AM 0 comments
Sebahagian rockers yang masih tegar dengan konsep "Rock Kapak"

Emm,secara jujurnya memang kami ingin memeriahkan lagi industri muzik tempatan ini dengan mengabungkan semua element muzik mahupun konsepnya.Dalam erti kata lain,kami nak UNITE kan all genre dalam satu program atau event.

Sebagai percubaan pada program lepas iaitu Voice Of Rakan Muda anjuran Jabatan Belia & Sukan Sabah dengan kerjasama Rakan Muda,kami telah melihat kepelbagaian muzik yang di persembahkan oleh band band yang amat berbakat.Ini terbukti apa bila kemunculan kumpulan Rockers yang mana lagu mereka berada di carta lagu Sabah iaitu MAKHLUK telah memukau hati penonton.

Ada yang berbisik dekat aku bertanyakan "BAND NI DARI MANA,Indon ka"? weii,kemon la brader.Ini band dari Sabah la bro,aku jawab dengan mamat tu.Almaklumlah,mereka terperanjat dengan suara VOX dan juga penampilan ahli kumpulan band ini.Di iringi oleh petikan gitar lead yang orang bilang "GORENG HABIS" .Dan memang rugilah pada yang tidak menghadirkan diri ketika itu menyaksikan persembahan dari kumpulan Makhluk pada hari sabtu lepas

Choppp,lek luuu...tu baru hari sabtu,pada hari ahadnya pula,sebuah lagi band Rock kapak mengegarkan pentas dimana pada malam sebelumnya mereka telah menjuarai pertandingan BATTLE OF THE BAND anjuran KPD yang bertempat di Likas.Tak lain dan tak bukan kumpulan NASIRAW..

seperti yang di jangkakan,band ini juga telah menjadikan pentas itu adalah gelanggan bagi rockers rockers memanaskan keadaan dimana yang memiliki rambut panjang turut sama membuat aksi "HEAD BANGGING" dan itu adalah tanda support mereka terhadap band NASIRAW ini.

Dan yang paling best adalah bila mana pegawai JBS bertanyakan aku "DIMANA KO JUMPA BAND BAN D ROCKERS NI BRO? rasanya amat sukar sudah nak jumpa band band macam ni...

Ini bermakna konsep ROCK KAPAK masih lagi ada yang menanti dan tercari cari.Insyallah,kalau ada peluang pihak onlinefm akan menjemput kedua dua band ini untuk membuat persembahan pada yang masih tegar dengan "ROCK RAPAK"...:)

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..