Panggilan pulau telah bergema

by 3:43 PM 0 comments
Battle of the band di labuan

Nah,nampaknya tahun ini korang akan dimandikan dengan pertandingan mencari bakat baru dalam bermain muzik secara kumpulan iaitu BATTLE OF THE BAND.Kali ini vanuenya berlangsung di pulau mutiara iaitu labuan.

Baru baru ini salah seorang dari pegawai yang menguruskan pertandingan ini iaitu brader Iwan Renekawa telah meminta bantuan untuk membuat pemberitahuan kepada seluruh warga sabah yang mempunyai band dan ingin mempamerkan karya muzik mereka melalui pertandingan yang mereka anjurkan sempena La FEST 2011  dengan kerjasama beberapa agensi pelancongan di Pulau tersebut.


Pelbagai acara telah di susun oleh penganjur untuk menarik seberapa ramai pengunjung pulau tersebut.Dan semestinya yang menarik perhatian saya sendiri adalah acara BATTLE OF THE BAND yang mana mempertaruhkan hadiah yang lumayan iaitu rm1500 bagi tempat pertama.

Jadi,kepada band band yang ingin melihat sejauh mana prestasi anda dalam bermain muzik dan potensi membuat persembahan di hadapan ribuan warga pulau tersebut,inilah masa yang sesuai.Tonjolkan bakat anda,karya anda,muzik anda di pentas t\yang sudah pastinya hebat dan gemilang.

Untuk maklumat lanjur,sila berhubung dengan petugas bagi acara ini iaitu brader Iwan Renekawa atau anda boleh talifon nombor yang tertera di dalam flyers di atas.Insyallah,saya juga akan berada disana,sekiranya ada keizinan dan kelapangan.Sama sama kita lihat pemuzik tempatan kita bangkit dari tidur yang lena...

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..