Official Radio

by 11:44 AM 0 comments
Alhamdulillah dan bersyukur atas apa yang di usahakan selama beberapa tahun dalam membangunkan era radio internet terutamanya di Malaysia.kalau sebelum ini ketika aku bersama sebuah lagi radio internet,aku juga telah berjaya mendapatkan acara international untuk di hebahkan melalui audio & vedio.Kalau tak silap 2 tahun lepas iaitu acara Climbathon Kinabalu.But itu kisah lama yang pasti akan meninggalkan seribu kenangan melalui gambar dan bualan ketika bertemu rakan rakan lama.

Organise by  Contagious Concepts
Pada tahun ini,rasanya aku dan crew crew On9FM berpeluang untuk bekerjasama dengan penganjur Stompin Sabah iaitu Contagious Concepts untuk tahun ketiga acara ini.kali ini mereka memilih konsep BEACH PARTY.Inilah kelebihan penganjur yang sentiasa ingin mencuba yang baru yang di impikan oleh peminat peminat mereka.:)

Seperti biasa,penganjur tetap dengan misi mereka iaitu memberikan kepercayaan kepada band band tempatan Sabah untuk memeriahkan malam konsert.Sambil itu,pihak penganjur juga menjemput sebuah band INDIE yang aktif membuat promosi album mereka iaitu kumpulan PESAWAT.Mereka akan membuat persembahan di malam konsert iaitu pada 15hb Oktober nanti.

Cadangan lokasi konsert
Menurut kata penganjur,mereka telah memilih Beach Tg Aru sebagai lokasi dan besar kemungkinan stage di atas adalah tempat untuk pemuzik pemuzik yang membuat persembahan.ini bermakna suasa pastinya hebat dan di selubungi angin laut dan cuaca dingin ketika acara berlangsung.Ini benar benar menepati konsep yang mereka pilih iaitu beach party.Dalam beberapa hari ini,kelengkapan sound sistem dan lampu akan di sediakan oleh syarikat yang telah dipertanggungjawabkan.Kalau sayta tak silap,macam MegaBoogie yang menyediakan kesemuanya...


Tertera di banner sebagai PENYIAR RASMI

Kami warga OnlineFM ingin mengucapkan JUTAAN terima kasih kepada penganjur kerana memberikan kami kepercayaan untuk bekerjasama dalam membuat proses promosi melalui radio internet dan promosi bergerak yang di jalankan oleh penyampai penyampai onlinefm.Dan alhamdulillah,setakat ini,rasanya dah banyak sambutan akan acara battle of the band kerana ini dapat di perhatikan melalui borang penyertaan yang telah habis di edar dan berpuluh lagi telah di email ke akaum mereka.Jadi,sama sama kita nantikan acara battle of the band yang bakal berlangsung pada hari jumaat ini ..

p/s
saya sendiri mengharapkan lebih 50 penyertaan dari band band tempatan dalam pertandingan battle of the band ini..:)


BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..