Single pertama mereka

by 12:17 AM 0 comments

Alhamdulillah,mereka iaitu The Retrock telah melangkah lagi setapak dalam penghasilan lagu dimana mereka telah  pun mengeluarkan Single pertama mereka sejak band mereka di tubuhkan.Sebelum ini mereka dah menegeluarkan beberapa buah DEMO sebagai pengenalan band mereka kepada scence.

Antara lagu DEMO yang hits bagi aku adalah BERDIRI dimana aku sangat sangat menyukai lirik lagu ini.Amat bersesuaian sekali kepada warga kerja yang amat sibuk dengan tugasan harian.



Jadi,kali ini mereka ingin mencuba nasib dengan mengeluarkan SINGLE pertama yang bertajuk RETROCK Love dan menawarkan harga yang sangat berpatutan iaitu Rm8 sahaja.Dengan berbekalkan rm8 inilah mereka ingin melihat sejauh mana support peminat mereka terhadap single pertama mereka ini yang dihasilkan dalam kualiti yang bakal memuaskan hati pembeli.

Untuk mendapatkan CD ini,korang boleh menghubungi vokalisnya iaitu Ozie atau fan page mereka.Kali ini mereka cuba mendapatkan perkhidmatan Chris P sebagai sound engineer merangkap lable untuk kali ini.Sama sama kita bagi sokongan pada mereka ini untuk terus maju dan menghasilkan lagu lagu yang berkualiti bunyinya dan mutu penghasilannya.

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..