Perhitungan untuk kali ke 2

by 7:57 PM 0 comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang sudi membaca blog ini.Rasanya dah lama tak update mahupun sharing infotaiment about band band kita sekitar Sabah ni kan...

Balik jak dari bercuti raya,dah banyak EVENT dan Inbox jemputan untuk aku menghadirkan diri aku terima melalui laman sosial mahupun email peribadi.Ini antaranya...

Beberapa bulan lepas,pihak penganjur telah mencuba nasib mengadakan gigs di Sandakan yang mana untuk sekian kalinya sunyi tanpa bunyi gitar dan pukulan drum.Apatah lagi jeritan vokal yang power kan.Walaupun gigs pertama mereka menghadapi pelbagai rintangan,namun inya tidak dijadikan halangan mahupun melunturkan semangat belia belia Sandakan ini.

Mereka Chromatic sekali lagi bergabung bersama TOKO DASKA ingin membuat perhitungan untuk kali kedua iaitu dalam gigs Back To Stay Vol 2.Anda boleh melihat info info serta band band yang pasti akan memuaskan halwa telinga anda bila mengattendkan diri dalam gigs ini melalui flyers di atas.

Pada yang berada di Sandakan atau daerah daerah yang berhampiran,jangan lupa untuk hadir bersama sama teman yang lain.Dan harus di ingatkan,bukan dalam gigs ini saja,malah semua gigs di Malaysia,iaitu SLOGAN untuk para Belia yang harus di laungkan iaitu NO ALCOHOL,NO DRUGS,NO VIOLANCE.

Sama samalah kita saling mengingatkan antara satu sama yang lain supaya anda iaitu BELIA yang bakal meneraju bidang muzik ini akan terus di hormat oleh masyarakat sekeliling dan aktiviti ini tidak akan di pandang serong oleh mereka yang tidak mengetahui akan bakat anak anak tempatan kita


BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..