Masa untuk berubah

by 12:15 AM 0 comments
sekadar gambar hiasan
Alhamdulillah,sejak kebelakangan ini dah makin ramai saya lihat kebangkitan band band baru dalam industri muzik tempatan terutamnay di Sabah ini.Antaranya band yang berada sekitar daerah Sandakan,Tawau,Lahad Datu mahupun Kota Kinabalu.Ini merupakan tanda tanda sihat dimana belia belia kita dah mula menjauhi aktiviti kurang sihat dan cuba berjinak jinak ke bidang yang berfaedah dan ada masa depan iaitu berkarya melalui muzik.

Cuma,yang ingin di tekankan di sini adalah semangat dan kemampuan anda untuk menghasilkan sesebuah karya itu bergantung pada kualiti bunyi lagu tersebut.Seperti yang kita sedia maklum,setiap kualiti ada beza dari segi penghasilannya.Iaitu DEMO,SINGLE & ALBUM dan sudah tentu setiap kualiti kualiti ini memerlukan kos yang boleh dikira hebat juga.Apa lagi bagi mereka yang tidak ada pekerjaan tetap,tapi semangat untuk berkarya tetap tinggi.

Saya mensyorkan pada mereka yang masih baru dalam penghasilan lagu supaya mendapatkan khidmat nasihat dari mana mana syarikat rakaman yang anda kenal.Saya percaya dan yakin,mereka mereka ini yang dikenali sebagai SOUNDENGINEER ini akan memberikan tunjuk ajar dan nasihat bagi mereka yang kurang pengetahuan dalam penghasilan sesebuah lagu.

Terdapat banyak studio rakaman sekitar Kota Kinabalu ini dan anda boleh bertanyakan kepada tuan punya studio berkenaan harga sesebuah proses rakaman mahupun khidmat nasihat.Pada yang dah mempunyai lebih dari 2-3 buah lagu dalam bentuk DEMO,supaya cuba mengeluarkan sedikit kos untuk menghasilkan SINGLE.Bukan apa,zaman sekarang ini,pendengar mahupun sesiapa saja akan menilai sesebuah band itu melalui kualiti lagu lagu mereka selain dari mutu persembahan di atas pentas.

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..