Susahnya nak sebut

by 10:32 AM 0 comments
Bunyinya mcm ni  (Ek-Zart-Mius-Thi-Ket)
Mengapalah terlalu sukar nak sebut nama band ini.Apakah sebabnya mereka memilih nama sebegini rupa.namu sesukarmanapun nama mereka,mereka adalah sebuah lagi band baru yang ingin mencuba nasib ddi bawah bumbung muzik bawah tanah ini.

Band ini berasal dari daerah Sandakan dan terdiri dari 5 orang anak muda.kalau nak story pasal dorang ni,terlalu detail sangat,apa kata korang LIKE page mereka di FB iaitu EXartmusthiCate dan korang bacalah mengenai mereka di sana.

Baru baru ini salah sorang line upnya telah bertanyakan akan perihal muzik indie dari A-Z.Dan aku jawab senang jak,iaitu cari sifoo dan bertanyakan seberapa banyak soalan pada orang tersebut.Apa lagi,dengan berbekalkan semangat yang membara bagai kayu api baru di tuang minyak tanah,mereka mencuba nasib dengan merakamkan demo pertama mereka di salah sebuah studio yang ada sekitar Kota Kinabalu.

Dan alhamdulillah,beberapa hari mereka di Kota Kinabalu,akhirnya telah pun siap demo pertama dari band ini berjudul LOSING YOU yang mana telah pun tersenarai dalam I-Song.Harap korang sudi nak dengar dan bagi komen yang membina untuk mereka2 ini memperbaiki mutu karya mahupun tips2 untuk bersama sama memeriahkan lagi suasana muzik bawah tanah ini.

Apa pun berlaku,kalau nak berjaya setiap langkah harus di atur.Semangat kena kental dan sentiasa terapkan sikap"TIDAK PERNAH PUAS" dengan sesebuah hasil yang anda lakukan.Ini antara kunci untuk berjaya dalam apa yang kita inginkan.Dan yang penting,bak kata pujangga...
kalau bukan KITA,SIAPA lagi...

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..