Star City,Tingkat 1

by 12:06 AM 0 comments

Borneo Music Tecnology

Rasanya inilah kali pertama aku menulis artikel mengenai studio rakaman sekitar Sabah terutamanya di area Kota Kinabalu.Sebelum itu aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pemilik studio ini atas kesudian menjemput dan memberikan kerjasama bagi segala keperluan yang aku perlukan.

Borneo Music Technologi ini terletak di dalam bangunan North Star City bersebelahan Asia City.Iaitu di tingkat 1.Bukan susah pun nak cari.Terang terang papan tanda besar kelihatan di salah sebuah lot di sana.

Antara peralatan di dalam studio
Pada mulanya,aku terperanjat dan tergamam kerana studio ini memang kecil dan sangat KIUTTTT.Tapi,bak kata orang lama lama,kecil kecil cili padi,besar besar lada kering.yang mana lagi pedasss...

Betul,memang kecil dan amat sesuai dengan dengan status mereka yang bergerak secara perlahan lahan.Bukannya apa,mereka tak nak invest terlalu besar tetapi hasilnya tak boleh menampung kos yang di keluarkan.Tapi,lain cerita,aku sudah juga masuk dalam studio rakamannya tuh.pehhhhhh,alat alat muziknya lengkap dan tersusun kemas dan rapi...

Dalam studio rakaman
Biarpun bilik rakaman ini kecil,mereka memang pandai membuat susun atur dan rasanya ini tidak menjadikan satu masalah bagi sesiapa yang ingin merakamkan lagu di sini.Bukan ruang kecil yang dijadikan ukuran,tetapi,hasil rakaman dari SOUND ENGINEERnya yang harus di idamkan oleh pelanggannya.


Mixing & Mastering Room
Dengen berbekalkan beberapa gadjet,seperti mixer,desktop dan perisian yang terkini  Borneo Music Technologi atau BMT,mereka telahpun menghasilkan beberapa buah lagu daripada pemuzik pemuzik tempatan.Bukan sahaja band berkumpulan,malah penyanyi solo pun telah merakamkan lagu mereka disini.Saya raya,penyanyi ini dah yakin akan kebolehan dan kemampuan BMT ini menghasilkan lagu dalam kualiti yang diharapkan dengan harga yang berpatutan.Rasanya BMT tidak lokek dengan pengalaman,kerana setahu saya mereka mereka ini sudah banyak pengalaman dalam bidang muzik dan sampai sekarang juga masih dalam sebuah band dan masih lagi membuat penambahbaikkan mutu rakaman dari masa kesemasa.

Pandangan dari luar
Kepada yang ingin mencuba perkhidmatan BMT ini,jangan segan silu untuk berkunjung atau menjengok jengok stui ini kerana anda ada hak untuk membuat keputusan,bertanya seberapa banyak soalan kepada tuan punya studio serta sound engineer sebelum anda merakamkan lagu anda.Mereka juga tidak mengenakan sebarang bayaran untuk menjawab sebarang soalan dari anda sebelum urusan rakaman bermula.Kerana mereka amat mementingkan keperluan pelanggan dan keutamaan pelanggan mereka.

Chet@Hide
Nahhh,inilah dia salah sorang pemilik studio Borneo Music Technologi ini.Rasanya dah ramai juga yang mengenali chester a.k.a Chet@hide ini.Apa tidaknya beliau juga merupakan salah seorang anggota kumpulan WORM yang dikenali ramai suatu ketika hingga kehari ini.dalam masa yang sama,dia juga mempunyai band lain yang dikenali sebagai HIDE.

Chet merupakan orang yang bertanggungjawab untuk memastikan segala proses rakaman lagu berjalan lancar dan mengharapkan hasil yaang berkualiti.Dan dia juga ingin melihat anak anak muda yang berbakat besar dalam muzik di bantu dengan memberikan tunjuk ajar ketika sessi merakamkan lagu bermula.Chet tidak pernah rasa rugi atau berkira akan semua ini,kerana dia juga bermula dari bawah dan tak tahu apa apa mengenai muzik.Hingglah ke hari ini.dia ingin membantu anak jati Sabah maju dalam muzik

Kaynizam Maskor a.k.a Kay@worm
Siapa tak kenal dengan kaynizam Maskor atau lebih dikenali sebagai Kay@worm.Beliau adalah vokalis kepada kumpulan yang berkonsepkan muzik JRock di Sabah ini.Sememangnya ramai peminat dan ramai yang menjadikan band mereka sebagai idola.Apa tidaknya,mereka sering kali di jemput di majlis majlis yang besar dan ada pengaruh untuk membuat persembahan pembukaan atau showcase

Kay  juga merupakan salah seorang  yang akan membantu dalam proses merakamkan lagu dan juga penulisan lirik.Sekiranya ada antara anda yang ingin kan lagu,boleh berhubung dengannya melalui facebooknya iaitu kaynizam.Kalau nak mintak no talifonnya,nah yang itu tak dapek den nak menolongnye.Keno mintak le sendiri dari tuan empunya badon..:)

Diharap kepada band band yang teringin merakamkan lagu atau bertanya mengenai muzik atau yang sewaktu dengannya,jangan segan silu,mereka berdua sentiasa sudi membantu.Mengengenai harga untuk merakamkan DEMO,SINGLE ,EP mahupun ALBUM,korang kena tanya kepada mereka berdua jugak la.Sebab saya tak tahu menahu akan hal ini..:)

p/s
lepas ni,studio mana plak yang sudi invite saye aah?

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..