Sampai bila?

by 10:27 AM 0 comments
STOP bagi lagu anda secara FREE

Kebetulan ada seorang teman dari KL akan turun dan jumpa aku.Dia nak bagi peluang pada band band Sabah & Sarawak terutamanya untuk menjadikan lagu lagu mereka kedalam bentuk CALLER RING TONE.So,aku ingat ini adalah satu peluang yang bagus dan membolehkan tuan punya lagu boleh dapat hasil dalam bentuk ringgit .

Biarpun tak la banyak sangat,tapi mereka iaitu band band ini boleh melihat adakah fans mereka betul betul support atau sekadar LIKE page di facebook saja.Kalau lah mereka support dan mengikuti setiap perkembangan band pujaan mereka,sudah pasti,fans akan mendapatkan lagu lagu ini melalui muat turun yang mendatangkan faedah kepada band kegemaran mereka.


Disediakan oleh MAXIS,DIGI 7 CELCOM
Antara salah satu cara adalah menjadikan lagu anda sebagai CALLER RING TONE.Yang mana setiap kali orang membeli dengan kod yang akan disediakan oleh syarikat telco,maka dengan hasil belian itulah band band ini akan mendapatkan pulangan dalam bentuk % sepertimana yang tertera dalam kontrak yang bakal di tanda tangani oleh kedua belah pihak iaitu band dan syarikat yg akan menjadikan lagu anda ke dalam caller ring tone.

Kurang dari sebulan,lagu lagu tersebut akan di senaraikan dalam bentuk kod dan kod inilah yang akan di jadikan info untuk anda iaitu band band tersebut sebagai meraih promosi kepada member member mahupun peminat mereka.

Rami yang membeli melalui SMS,maka banyaklah keuntungan yang anda bakal dapat hasil dari pembelian lagu menggunakan sms ini.So,buat sementara ini ,anda(band) sediakan lagu anda dalam bentuk mp3 dan di salinkan kepada CD.Apabila member aku ni sampai KK nanti,kita akan jumpa dia dan dengar penjelasan mengenai sistem CALLER RING TONE ini.Saya sendiri tidak berapa arif akan perkara ini dan biarlah mereka yang mahir akan menerangkan satu persatu dan masa itu,jangan lupa bertanyakan soalan soalan yang sepatutnya.

Buktikan yang anda menyokong band kegemaran anda
Jadi selepas ini,saya mensyorkan agar band band baru ini yang dah ada lagu lebih dari 5 buah mencuba menjualnya ke dalam bentuk SMS atau dikenali sebagai caller ring tone ini.Bukan apa,amat sedih sekali bila melihat setiap band tak mampu dan tak mencapai tahap yang di perlukan bila nak menghasilkan lagu dalam kualiti yang bagus.

Dengan hasil duit dari sms ini,rasanya setiap band dapat menambah duit poket untuk merakamkan lagu dalam kualiti yang memuaskan hati pendengar dan ban itu sendiri.Sampai bila nak rakam lagu dalam kualiti DEMO kan?Nak juga dengan kualiti Single,apa lagi ALbum...

Jadi,kumpulkan lineup anda,buat perbincangan akan peluang ini.Sekiranya anda bersedia atau ingin mencuba dalam peluang ini.Saya akan kenalkan anda dengan mereka yang bakal membantu band band Borneo terjual lagunya dalam bentuk SMS ataupun Caller  Ring Tone.

p/s
nak info lanjut,sure korang tahu mana nak cari aku kan...

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..