Mini Jamm di Tawau

by 3:08 PM 0 comments

Smile Studio,Tawau
Seperti yang sedia maklum,baru baru ini selain Sandakan Tawau juga tidak mahu ketinggalan dalam acara open jamm atau gigs ini.Kali ini,Smile studio telah menganjurkan Mini Jamm yang mana mereka sekadar ingin kasi panas panas minyak saja.Menurut tuan punya studio iaitu Brader Jun dia ada memberitahu yang mereka iaitu studio Smile akan menganjurkan Mini Jamm dalam masa terdekat ketika aku berkunjung ke Tawau awal bulan julai yang lepas.

Dia juga memberitahu bahawa hanya 2 band sahaja.Antaranya yang membuat persembahan iaitu Harmonika.kalau di perhatikan melalui gambar,boleh tahan juga sambutan dari belia belia sekitar Tawau ini.Cuma,aktiviti ini tidak begitu di hebahkan secara hebat kerana studio ini terletak di tingkat satu dan amat kurang sesuai diadakan showcase.kalau sebagai mini jamm atau panas panas,sure teda hal punya..

sebahagian crowd yang hadir
Kecil tidak bermakna kekurangan yang hendak ditampilkan.Akan tetapi,semangat untuk memberikan peluang kepad anak anak muda atau belia belia yang minat akan bermain muziklah yang harus di utamakan.Mereka dah sedia maklum tempat ini kecil,tapi tetap nak datang dan menyaksikan persembahan dari band tawau yang bakal menempa nama di persada muzik tanahair dengan bantuan dan support orang sekeliling.


Jun
Inilah tuan empunya studio yang dikenali sebagai smile studio iaitu Jun.kalau nak tahu nama penuh,aku sendiri tak pasti la bro.itu kena tanya sama tuan punya badan le.Dialah yang memainakan peranan sebagai penyuntik semangat kepada band band sekitar  tawau ini.dengan menawarkan harga yang berpatutan dan tunjuk ajar dalam bermain muzik,rasanya studio ini akan kekal lama dan menjadi harapan kepada warga tawau yang ingin merakamkan lagu.Bukan saja band,malah penyanyi solo juga boleh membuat proses rakaman di sini.

Apa pun,rasanya Mini Jamm ini tidak habis di sini saja.Akan ada lagi kesinambungan event ini pada masa akan datang.Dengan harapan,inilah masa yang sesuai untuk kemunculan band band baru memeriahkan suasana industri muzik tempatan terutamanya di Sabah ini. 

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..