Kumpulan W.O.R.M berpecah?

by 10:56 AM 0 comments
World Of Rock Music
Ramai yang tertanya tanya menganai band yang berkonsepkan VISUAL KIE ini iaitu kumpulan W.O.R.M.Sama ada masih ada atau dah pecah.Gua pun not sure dan trus memBUZZ dengan salah seorang ahli kumpulan tersebut tak lain dan tak bukan iaitu vokalistnya kay@worm yang kiut.khakhakka

Dan tanpa bunga bunga,aku terus tanya apa cerita worm sekarang.So,kai pun jawab yang "kini WORM hanya tinggal 3 orang sahajaiaitu Jay,Mel dan saya sendiri.Tetapi,kini founder kepada worm iaitu CHET dah masuk kembali bersama kami kembali.Dan kini kami sedang dalam proses penyiapan single terbaru yang akan di reliskan dalam masa terdekat." 

Dan kini WORM telah bernaung di bawah syarikat sendiri yang diberi nama Borneo Music Tecnology.Bukan itu saja,mereka juga telah menyediakan perkhidmatan rakaman lagu.Dan alhamdulillah,dah ada beberapa orang penyanyi dan band telah merakamkan lagu di studio mereka ini yang terletak di Star City,Kota Kinabalu


Chet@worm
Rasanya dengan kembalinya chet kedalam kumpulan ini sudah pasti akan menghangatkan lagi suasana muzik JROCK yang mana menjadi inspirasi worm sejak dulu hingga sekarang.Kini rasanya chet banyak menghabiskan masa di studio untuk menyiapkan single terbaru mereka yang bakal menemui pendengar serta peminat mereka tak lama lagi.


Kay@worm
Kay juga telah menjadi seorang penulis lagu serta pencipta lagu untuk mereka mereka yang memerlukan khidmat nasihat dari otai yang dah lama dalam industri muzik terutamanya di Sabah ini.Sesiapa yang ingin merakamkan lagu,jangan malu malu untuk menghubungi kay dan pastikan korang sedut ilmu muzik darinua sebanyak mungkit.khakhakahkhakhkahaha..


Jay@worm
kini Jay pula sibuk menguruskan sebuah cafe yang mana dengar cerita akan dijadikan vanue untuk mereka meriliskan single mereka.tempatnya terletak di sekitar bandar Kota Kinabalu juga dan cuma,itu saja lah.PARKINGGGGG yang kena pandai pandai lah cari supaya tak kena saman...


Mel@worm
Aku juga pernah terserempat dengan drummers Worm ini iaitu mel di studio mereka.Nampaknya dia juga sedang sibuk mengkompose lagu mereka dengan seriusnya dan rasanya .Kali ini mereka ingin memperlihatkan dengan peminat mereka yang worm tidak berpecah.Cuma ada rombakan dari segi line up dan penyusunan lagu kini giat dilakukan.

So,sama sama kita nantikan kemunculan WORM dengan single terbaru mereka dalam masa yang terdekat ini.Insyallah selepas raya kata si kay,sebab dia nak diet dulu.Almaklumlah,feel raya tu masih ada dan stamina kena work out balik.hahahaha,jangan mare kay...

Dan kita sebagai peminat muzik tempatan teruskan memberi semangat kepada band ini melalui page mereka iaitu W.O.R.M agar mereka cekal menghadapi dugaan yang telah mahupun bakal ditempuhi di persada seni tanahair.Insyallah,kalau ada rezeki,mereka akan meriliskan ALBUM dalam tahun depan.Sama sama kita support mereka sebab...

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..