Kebangkitan muzik bawah tanah di Sandakan

by 1:41 PM 0 comments
Back To Stay 2011
Pada tanggal 16 julai yang lepas telah berlangsung satu GIGS yang bertemakan BACK TO STAY 2011 yang diadakan di "D'Cabin".Pada mulanya gigs ini di jadualkan berlangsung bertempat di Hotel Sandakan.Akan tetapi,terdapat sedikit masalah teknikal yang tidak dapat di atasi oleh pihak penganjur,lalu mengambil langkah drastik iaitu memindahkan vanuenya ke tempat yang terletak di batu 5(kalau tak silap saya lah) 

Stage yg luas
Walaubagaimana pun,kerjasama yang diberikan oleh semua petugas,band dan juga pengunjung amat membanggakan dimana hanya sehari sahaja,mereka mampu membuat pengurusan pemindahan vanue yang mana telah dimaklumkan secara on the spot.bukan senang nak mengambil tindakan untuk membuat pemberitahuan kepada bakal pengunjung dan juga band yang beraksi.

Akan tetapi,support dan kerjasama yang diberikan anatara merekalah menjadi kunci kejayaan gigs ini.Kalau diperhatikan sehari sebelum acara berlangsung,saya dapati masing masing membuat hebahan melalui facebook dan juga sms kepada yang tidak tahu akan perubahan tempat gigs.Ini amat ketara sekali fan pages band2 tersebut penuh dengan info petukaran tempat dan juga facebook masing masing.


The Sadness
Antara band yang membuat persembahan diacara gigs back to stay ini adalah The Sadness  yang mana secara jujurnya aku perhatikan line up ini amat sempoi dan relex jak.Rasa segan dan malu malu membuat persembahan di pentas masih lagi tebal dalam diri mereka.Saya mengharap agar mereka dan juga band band lain mengikis perasaan malu dan segan apabila berada di mana mana pentas ketika membuat persembahan.

Ini kerana anda telah memilih jalan untuk bekarya dan anda harus menonjolkan karya anda pada mereka mereka yang mampu menilai karya anda bagus atau sebaliknya.Harap lepas ini semua band band sandakan dapat menjejakkan kaki ke Kota Kinabalu untuk bersama sama membuat gigs mahupun showcase

Crowd
Ini adalah sebahagian gambar yang membuktikan yang scence underground di Sandakan mahih panas dan tak pernah sunyi.Mereka saling memerlukan dan sudi bekerjasama dalam menjayakan sebarang gigs yang akan dilanksanakan di daerah ini.Kepada bakal bakal penganjur,jangan segan untuk menghubungi band band sandakan untuk menjemput mereka join event yang korang anjurkan.Bagi mereka peluang untuk beraksi di luar daerah dan merasai pengalaman berkarya di tempat orang

Antara yang hadir
kalau nak ikutkan beratus gambar anda boleh saksikan untuk gigs ini.Tetapi saya hanya menggunakan beberapa keping gambar sebagai sumber membuat artikel mengenai gigs ini.Sekiranya anda ingin melihat gambar gambar yang selebihnya,anda boleh melihatnya di sini

  
http://www.facebook.com/sutrisno.sumantri
Dialah antara orang yang menjadikan gigs ini berjalan lancar dan dibantu oleh beberapa rakan yang lain.Beliau juga adalah pemilik kepada studio Chromatic yang terletak di bandar Sandakan.Menurut sumber dari band band sandakan,dalam masa terdekat,mereka mampu mengeluarkan hasil rakaman lagu yang boleh dijadikan saingan oleh studio studio rakaman yang lain.Tapi,buat masa ini mereka masih lagi mengumpul peralatan dan juga memperkenalkan studio Chromatic ini pada warga sandakan agar ianya dikenali ramai.terutamanya dari kalangan belia belia Sandakan.

Jadi,saya rasa ini adalah sebagai satu permulaan underground scence Sandakan memperlihatkan kebangkitan mereka yang dahagakan gigs mahupun showcase>lepas ini saya harap akan lebih banyak gigs atau penganjuran yang berteraskan muzik berlangsung di sini.kalau boleh sila libatkan pihak pihak NGO yang sepatutnya seperti Agensi anti Dadah,Rakan muda,Kementerian Belia & Sukan dan yang lain lain.Ini mungkin dapat memperluaskan lagi pengenalan muzik dari anak anak jati Sandakan.Kerana Sandakan memang terkenal dengan konsep muzik Rock Kapaknya.dan juga mempunyai band yang ada nama besar dalam sejarah iaitu Atomic Power yang terkenal dengan lagu CINTA BENAR CINTA dan juga BERTUNANG.Dan juga sebuah lagi band lagenda iaitu STRUGGLE yang famous dengan lagu TINA.

Anda jadikan band band otai ini sebagai contoh untuk menyambung kesinambungan muzik anak anak sandakan.Biarpun zaman telah berubah,konsep muzik pun telah banyak iania tetap berpegang pada satu aliran iaitu MUZIK

p/s
kekalkan slogan NO DRUGS,NO ALCOHOL & NO VIOLANCE dalam setiap penganjuran gigs mahupun showcase.Harap pihak penganjur dapat memantau 3 perkara yang di tegas dalam ajaran agama masing masing dan juga kerajaan

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..