Azlan & Typewriter di KK

by 5:26 AM 0 comments
Sessi Penerangan 
Ahamdulillah,pada 15hb yang lepas bertempat di Fook Yen cafe star city telah berlangsungnya sessi penerangan dan menandatangi kontrak antara band band yang hadir dengan syarikat Borneo Stereo Sdn Bhd yang dimiliki oleh salah seorang anggota kumpulan Azlan & The Typewriter iaitu Andy .

Antara band yang hadir pada maam tersebut adalah Merejeen,FrontMan Company,The Beskon,Rapsoul,Soundblazer,The Chihuahua,Kenapa Band,Angelstereo,wakil dari KKMP iaitu Rodie dan beberapa teman terdekat.

Bukan Caller Ring Tone sahaja yang telah ditawarkan kepada band band ini,malah perkhidmatan Publishing juga telah ditawarkan pada band band tersebut.Ini amat bagus untuk mereka berurusan dengan MACP dan membuka peluang kepada band band kita dibagi peluang untuk membuat persembahan di luar dari Sabah.

Sebenarnya panjang lagi penjelasan mengenai caller ring tone & publishing ini dan rasanya semua yang hadir telah paham akan perkara tersebut dan bersetuju menandatangi surat perjanjian yang di tawarkan kepada mereka


Andy Eve (Gitaris Azlan & The Typewriter)
Sebelum itu,aku sempat berbuak puasa bersama Andy dan seorang lagi temannya iaitu selaku manager kepada band Azlan & Typewriter dan juga beberapa orang artis lain.Antaranya Farah Fauzana

Felicia Goh (Manager ATT & Farah Fauzana)
 Seakan tak percaya yang aku berurusan dengan orang orang yang mempunyai pengaruh dalam industri muzik di Malaysia ini.Kalau dulu aku jumpa Kombat,kini anggota kumpulan Azan & typewriter serta manager mereka iaitu Felicia Goh .Alhamdulillah,apa yang di angan angankan menjadi kenyataan.Ini membuatkan aku lebih bersemangat untuk membangunkan EMPAYAR INDIE di Sabah ini terutamanya.

Album terbaru Azlan & The Typewriter
Alhamdulilah Andy dan Managernya telah menghadiahkan aku Album terbaru Azlan yang bertajuk PETAMINDA yang memuatkan 5 buah lagu best best.Antara yang menjadi lagu fav aku semestinya lagu ANUGERAH

PetaMinda Vol 1
Album yang mempunyai tanda tangan vokalis kumpuan ini iaitu Azlan sendiri.Ini dah dikira satu penghargaan juga ni.Rasanya lah,bukan senang nak dapat sign band yang menjadi siulan lagu agu nya sekarang ini kan.Alhamdulilah,rezeki si LANGAU....


Tanda tangan Azlan sendiri
Rasanya kali ini album ini mempunyai tandatangan Azlan sendiri dan diedarkan pada semua orang kot...

To Me & OnlineFM?
Pehhhh,bila saja aku nampak ada tulisan TO BROLANGAU & ONLINEFM,rasa nak jatuh jantung ni wei.Pertama kali kena bagi CD yang menyatakan nama aku dan radio internet yang kami bangunkan.Hanya senyuman dan ucapan terima kasih sahaja yang dalat aku balas akan pemberian CD album ini pada mereka iaitu band Azlan & Typewriter ini.Dan aku harap selama Andy dan managernya ada di KK,mereka dapat apa yang mereka hajati iaitu penglibatan band band tempatan untuk maju lagi setapak dalam penghasilan duit melalui caler ring tone dan memperkenalkan band mereka melalui publisher.

Insyallah,dengar cerita yang Azlan & Typewriter akan datang KK pada masa Big Jamm yang akan di anjurkan oleh Onlinefm nanti.Ini sedang dalam proses rundingan kami dengan mereka.Insyallah kami (onlinefm) selaku penganjur akan berusaha menjadikan angan angan ini menjadi kenyataan.

Kami mengharapkan support dari warga Sabah terutamanya di Kota Kinabalu ini untuk memberikan sepenuh sokongan dengan apa yang kami  lakukan dalam industri muzik ini terutamanya membantu band band indie yang ada sekitar Sabah ini.Bak kata seorang pujangga...

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..