Ini baru session 1

by 11:45 AM 1 comments

Alhamdulillah dan syukur kehadrat illahi atas mempermudahkan perjalanan program Big Jamm 2011 yang telah berlangsung pada hari sabtu lepas dimana tanggal tersebut akan tercatat dalam sejarah malaysia dimana berlakunya rusuhan di Kuala Lumpur gara gara isu politik & perhimpunan BERSIH.

Tapi,kami sebagai penganjur program muzik ini tidak sama sekali memperdulikan apa yang berlaku di sekeliling kerena kami mempunyai misi dan visi yang jelas jauh sekali ke arah politik apatah lagi memecahbelahkan antara manusia.

secara jujurnya program hari itu memang agat lewat dimulakan atas sebab kesesakan lalu lintas dan juga ROADBLOCK dari pihak berkuasa untuk mengelakkan rusuhan.Inilah punca kelewatan program ini bermula.kalau ikutkan aturcara,ianya bermula sekitar jam 3 petang.Akan tetapi,kami terpaksa akur dan telah terlewat selama 3 jam dimana jam 6 petang baru dapat dimulakan acara tersebut.

antara Crew,Dj & Admin OnlineFM
Walaupun agak lewat ianya bermula namun sambutan yang kami perolehi daripada pegunjung pada petang tersebut sangat menggalakkan.Kami anggarkan dalam 150-200 orang yang ada di depan stage tersebut.Dan masih ramai yang duduk di kawasan sekitar sambil bersantai bersama geng geng mereka dan juga ada yang datang dengan family.

Boleh dikatakan support dari peminat peminat band band INDIE tidak boleh dinafikan kerana ada yang turut serta memeriahkan suasana program tersebut dengan karenah mereka di depan stage.Ada yang memberi galakan pada member member mereka yang bakal membuat persembahan,ada yang berbincang mengenai lagu lagu yang di persembahkan,dan macam macam lagi..


Antara crowd yang datang
Secara puratanya 80% yang hadir adalah belia belia kita yang memang suka akan muzik.Apatahlagi masing masing mempunyan kumpulan pemuzik yang bergiat aktif di bawah bumbung UNDERGROUND ini.Antara luahan hati mereka adalah..
...program sebeginilah yang kami nanti nantikan.sememangnya "kami" (band band indie) amat kurang dapat stage atau pendedahan sebegini rupa.Biarpun kami tak dibayar,kami tetap nak tonjolkan bakat kami dan juga karya kami sebagai anak seni.Kami ada citarasa tersendiri,kami ada style tersendiri.Kami tak perlukan mana mana lable,kami cuba berusaha sendiri...

Antara pengunjung awal yang hadir
Dalam program ini,kami tak melupakan bakat penyanyi hip hop tempatan.Kami juga telah menjemput kumpulan hip hop RAPSOUL yang dianggotai oleh 5 orang anak muda.Disaat saat kehebatan band band membuat persembahan,pengunung di ceriakan dengan lirik lirik lagu rap yang mudah difam\hami dan santai.Sekiranya anda ingin melihat gambar gambar dalam acara ini,sila berkunjungi ke page kami di FB iaitu On9FM.Disana lebih banyak gambar mereka mereka yang membuat persembahan.

Crowd yang sedang support band fav mereka
Kami adakan program ini bukan untuk mengaut keuntungan atau apa,kami lakukan semua ini dengan duit sendiri dan juga atas keprihatinan kami pada band band tempatan ini yang memang kekurangan pendedahan dari mana mana pihak sekitar Sabah.kebiasaannya,mereka ini yang terdiri dari belia belia kita,telah membuat persembahan tertutup atau di panggil (gigs) sekitar KK sahaja.yang mana memerlukan tiket untuk masuk.Akan tetapi,seperti penganjur pada kali ini onlinefm & veganetwork,kami lebih suka membuat di tempat terbuka dan kami inginkan mereka SHOWOFF bakat mereka di khalayak ramai.Siapa tak mau kan..:)

Sabar menanti acara bermula
Insyallah,selepas hari raya aidilfitri,kami akan menyambung kembali acara ini untuk session ke2.Dimana kami sudah mula membuat perbincangan untuk membuat lebih meriah dan kami inginkan sambutan yang lebih ramai dari minggu lepas.Dan,kami dah mula mencari rakan penganjur yang sudi bekerja sama sekiranya ada yang sudi.Memang dah nyata,tidak ramai pihak yang support akan persembahan muzik secara terbuka.atas alasan,tiada profit atau mementingkan pulangannya.

Memang betullah,siapa tak nak untung kan.tapi,dalam masa terdekat ini,kami belum memikirkannya lagi.Kami lebih suka menperkenalkan tujuan,misi & visi onlinfm pada warga internet khususnya.Yang mana onlinefm 80% aktif di internet.Atas permintaan ramai,kami telah bersetuju menganjurkan beberapa acara yang mana melibatkan belia belia sekitar Kota Kinabalu terutamanya yang minat muzik.

Insyallah,kalau dah ramai yang tahu,dan makin banyak permintaan barulah kami akan beransur ansur secara perlahan memikirkan mengenai keuntungan.Kami nak band band ini lebih aktif dan dikenali di ruanh internet dahulu akan karya mereka.Kalau dulu,Kualiti muzik sering kali dipertikaikan oleh media massa,Kini dengan adanya radio online seperti kami,ianya dah tidak menjadi masalah lagi.Kualiti DEMO,EP mahupun single pun kami tetapmainkan.Sebab kami tahu bagaimana susah payahnya mereka mereka ini mencari duit utk merakamkan sesebuah demo mahupun EP.


Ditunda selepas hari raya aidilfitri
Atas saranan pihak berkuasa dan suasana ISU POLITIK,kami terpaksa menunda acara 10 julai tersebut.Akan tetapi,kami akan mengadakan acara tersebut selepas sambutan hari raya aidilfitri.Dimana tarikh dan tempatnya belum dikenalpasti lagi.Yang penting,senarai band yang akan membuat persembahan pada masa ini adalah sama seperti senarai 10 julai tersebut.

Buat masa sekarang,kami akan membuat perancangan yang rapi dan inginkan sambutan yang lebih meriah.Dalam pada itu,kami harap ANDA semua dapat kenalkan akan radio online kami iaitu Onlinefm dan juga fan page kami di FB iaitu On9FM .kami inginkan mencapai sasaran 10,000 fans dalam tahun ini...

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..