Hanya 9 Julai 2011

by 12:29 PM 0 comments
Onlinefm Big Jamm 2011 terpaksa di tunda

Assalamualaikum pada yang sudi singgah ke blog ini.rasanya inilah kali pertama aku mengalami perasaan serba salah dan malu akibat perkara yang telah lama di rancang tetapi,terpaksa akur dengan keadaan.

Seperti yang sedia maklum event onlinefm yang berikutnya adalah "Onlinefm Big Jamm 2011" dimana dijangkakan akan berlangsung selama 2 hari iaitu 9 & 10 Julai 2011 (sabtu & ahad) ini.Akan tetapi,tanggal 10 julai tersebut terpaksa kami tunda disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan.Tetapi,kami sudah merancang bahawa,selepas hari raya nanti,acara ini akan diteruskan dan band band yang tersenarai di tarikh 10 julai tersebut akan perfom secara otomatik.

Buat masa ini,hanya kemaafan sahaja yang mampu aku dan pihak onlinefm luahkan.Dan ini juga merupakan pengalaman baru bagi kami sebagai penganjur dalam acara sebegini rupa.

Apa apapun,jutaan terima kasih saya ucapkan pada yang sudi support dan kami harap agar kepercayaan anda kepada Onlinefm tidak akan kabur mahupun hilang....

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..