Bergema lagi

by 12:46 PM 0 comments
Suka Suki Busking II
Nampaknya suasa bandar Kota Kinabalu dah mula sibuk dengan aktiviti aktiviti pemuzik yang tak pernah kenal erti jemu untuk bekarya.Ini terbukti dengan kepelbagaian acara yang berkaitan muzik telah kelihatan di Facebook facebook kita sendiri.

Beberapa bulan yang lepas,SUKA SUKI BUSKING part 1 telah diadakan dengan jayanya dimana dapat mengumpul begitu ramai pemuzik sekitar Kota Kinabalu dan juga kawasan yang berhampiran.Begitu juga pengunjung yag ingin melihat dan juga menyaksikan kehebatan anak anak muda atau Belia belia kita berkarya.

Kali ini,mereka telah meyanbung untuk kali kedua.Kesinambungan acara SUKA SUKI BUSKING part II dimana ianya juga akan di adakan di tempat yang sama iaitu Central Plaza,Kepayan.

Seperti biasa penganjur kali ini adalahh CHENTA MUZIK, KKMP,PEMANCING & PROJECT BAND SABAHAN.mereka mereka inilah yang mencetuskan idea akan aktiviti sihat ini.Dimana sudah pasti ianya dapat mengumpulkan sejumlah belia yang suka akan muzik duduk berkumpul sambil berhibur.

Sekiranya ingin mengetahui maklumat lanjut,sila berhubung dengan Pengurus penganjur iaitu Cik Wanie melalui FBnya.Mana tahu,anda berminat untuk menyertai acara ini dan boleh mengembangkan bakat yang terpendam..:)

p/s
jangan mudah putus asa,teruskan berkarya kerana..

kalau bukan KITA,SIAPA lagi

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..