Mereka memang layak

by 10:20 AM 0 comments
Pemenang Battel Of The Band anjuran SR Event 
Pada 10 jun yang lepas telah terjawablah sudah akan juara acara battel of the band yang di anjurkan oleh SR event sempena Sabah Mega Karnival 2011 yang berlangsung selama beberapa hari di komples sukan likas,Kota Kinabalu.

Ingatkan ianya bermula jam 8mlm,rupanya di tunda ke jam 9.30 mlm atas sebab ada pertandingan modern Dance berlangsung.Cuaca mulanya alhamdulillah,tiada hujan dari pagi hingga la jam 10.30 mlm.dimana hujan mula turun.Mencabar kesabaran penonton apatahlagi peserta.

So,atas alasan rumah aku jauh,aku terpaksa membawa diri awal seawal jam 11 mlm.Ketika itu kumpulan Woodpecker membuat persembahan.Apakan daya,cuaca tak mengizinkan kena balik juga.


Juara = The Fingers
Menurut member member yang masih menanti hingga ke penhujung acara,juara pada malam itu jatuh kepada kumpulan The Fingers.Dimana berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sejumlah Rm2500 beserta menjadi artis rakaman Koperasi muzik berhad Kuala Lumpur



naib Juara = D' Maria
 Tempat ke dua pula di menangi oleh kumpulan yang di anggotai oleh bekas penyanyi kumpulan Black Maria iaitu Brader Aziz.Dimana kumpulannya sekarang di beri nama D' Maria.Adaptasi dari band lama beliau.Mereka berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak rm1500


Tempat ke3 = Woodpecker

Dan tempat ketiga jatuh kepada band yang berasal dari Tuaran Sabah  iaitu Woodpecker.Mereka juga berjaya membawa pulang wang tunai berjumpah rm1000.Rasanya suara vokalisnya iaitu TET memang mantap dan sering kali jadi sebutan juri pada acara tersebut


Jadi pada malam itu seramai 9 kumpulan yang bertanding bagi merebut gelaran Juara battel of the band yang di anjurkan oleh SR event.Dimana secara ikhlasnya,sound sistem yang disediakan oleh penganjur bukan calang calang bunyi.Ditambah lagi dengan sound engineer yang di kendalikan oleh komposer terkenal iaitu Abagng Lan Laga.

Apa pun yang berlaku,bukan Juara yang di cari,Tetapi pendedahan sebegini rupa lah yang mereka idamkan dalam misi memperjuangkan muzik dan hasil karya yang mereka cipta.Demi menyambung perjuangan kumpulan rock yang  terdahulu...


BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..