Mereka dari Tawau

by 10:53 AM 0 comments
Noisy Crush

Baru baru ini aku diapproch oleh seorang rakan lama yang sempat berkenalan kurang dari 2 jam.Yang pasti dia adalah seorang peminat muzik dan pengiat muzik tempatan yang dikenali sebagai  Pak tam.Aku kenal dia ni beberapa tahun lepas,dimana saat aku mencari demo demo dari band indie kelahiran daerah Tawau.Waktu itu,dia banyak membantu aku untuk mendapatkan beberapa lagu demo untuk di putarkan di radio internet.Antara band yang memiliki demo watu itu adalah The Floppy (stereo pelangi yang hilang)


Pak Tam vokalis Noisy Crush
Ketika saya berjumpa Paktam dan beberapa temannya,dia belum ada mempunyai sebarang demo  atau band.Tapi,dia tetap membantu aku untuk mencapai tujuan aku ke Tawau.

Itu dulu,kini Paktam dah ada band sendiri dan telah merakamkan beberapa buah lagu yang pastinya korang boleh nilai sendiri hasil usaha anak jati kelahiran Tawau ini.Siapa kata band Tawau kurang berbakat.ternyata anggapan mereka kurang tepat.Ini dah terbukti yang Noisy Crush telah mengeluarkan beberapa buah lagu dalam versi Inggeris lagi.

Tanpa di sangka, ke lima lima demo mereka dalam versi inggeris.Pendek cerita,orang boleh dengar dan nilai sendiri akan kehebatan mereka menghasilkan lagu dan penulisan lirik ini.


Antara lagu fav aku buat masa ini adalah yang ada di atas nin yang berjudul WHY.Kenapa aku minat?kamu tengok dulu klip vedio ini,dan korang komenlah dimana kamu suka.sama ada di sini,atau di fan pages mereka iaitu Noisy Crush 

Mereka boleh di jadikan contoh yang amat sesuai dalam memajukan diri dalam penghasilan muzik sendiri terutamanya di Daerah Tawau.Kalau dulu,ramai yang menjadikan alasan tiada studio rakaman,tapi kini rasanya dah ada tempat yang mereka perlukan untuk membuktikan yang mereka menghasilkan lagu sendiri.

Tetapi,buat masa ini harap jangan ada yang membandingkan mutu mahupun kualiti rekoding mereka.Sebab kita juga harus faham,bukan mudah nak dapat sebuah studio yang fully with gadget dan software yang canggih.Modal yang amat besar amat di perlukan,buat sementara ini mereka iaitu scence di Tawau ini sedang berusaha ke arah itu.Boleh nampak,secara perlahan lahan mereka merangkak untuk bersaing dengan teknologi.

So,korang teruskan support band band luar dari Kota Kinabalu ini .Kerana mereka juga amat perlukan pendedahan untuk join gigs yang berlangsung sekitar Kota Kinabalu.Yang penting INVITE mereka,pasti mereka tidak akan menolak demi memperjuangkan muzik buatan anak anak Tawau ini.

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..