betul betul KNOCK OUT lah

by 11:05 AM 0 comments
Pada hari sabtu yang lepas aku ada singgah ke cowboy bar di mana nak tengok sambutan akan gig yang berlangsung iaitu SATURDAY KNOCK OUT part II yang di kendalikan oleh pejuang muzik bawah tanah di Sabah ini iaitu Army Of Friends.

Rasanya memang sudah menjadi tradisi di mana mana gigs atau show dimana masa yang dijanjikan tidak dapat dituruti atas sebab sebab yang tidak dapat dielakkan.Kalau di ikutkan info,acara ini bermula sekitar jam 12 tengahari,tetapi telah terlewat akibat masalah teknikal dan beberapa masalah yang memang tidak dapat diatasi.


Ajit (3rd Dice)

Yang paling bestnya,pengunjung dan band band yang membuat persembahan tidak menjadikan isu tersebut sebagai alasan untuk tak puas hati atau mengeluh.malah mereka tetap menunggu band band fav mereka meraksi di stage tersebut.Bukan itu saja,sementara mereka menanti sound check sedang berlangsung,aku dapati ada antara mereka yang bertukar tukar idea dari segi info muzik.ada yang bercerita mengenai gadjet yang digunakan,ada yang bercerita mengenai lagu yang bakal di dengangkan.dan macam macam lagi lah karenah pengungung yang mula memenuhi vahue tersebut


Dang Bandangs
Kalau nak cerita mengenai tiket,ianya tidak menjadi hal atau bualan pada mereka.Kerana penganjur tidak pernah meletakkan harga yang tinggi setiap kali mereka mengadakan gigs di sini terutamanya.Untuk kali ini,tiket di kenakan sebanyak rm15 sahaja dan sudah tentu dapat di beli oleh pengungung pengunjung yang hadir.


Aku memang salute dengan penganjur dan juga pengunjung yang hadir dalan gigs ini.kerana mereka memang dah memahami tujuan sebenar gigs ini iaitu berkarya sambil memperlihatkan bakat bermain muzik.Dan juga mereka tetap mempertahankan konsep NO DRUGS ,NO VIOLANCE & NO ALCOHOL.Diharap lepas ini,penganjur tetap mengekalkan konsep ini dan memantau dengan lebih bagi menyahut seruan kerajaan akan 3 perkara yang tidak harus di amalkan oleh bakal bakal pemimpin ini iaitu belia kita.

kalau nak tengok gambar yang selebihnya,korang bleh klik page Quick.Reverb yang mana mereka adalah photographer yang menjadi tongak pada setiap gigs yang berlangsung sekitar KK ini.

p/s
Credit to Quick.Reverb sebab saya gunakan antara pica mereka

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..