Anda sudah bersedia?

by 3:48 PM 0 comments

Dia datang LAGIIIII.......ha,nampaknya inilah kemuncak penantian semua band band yang ada di Sabah terutamanya.Mana tidaknya sesiapa dapat naik pentas stompin ni rasanya amat bertuah dan berpeluang satu stage dengan artis besar yang dah ada nama di persada seni tanah air.

Dengar khabar sessi pemilihan band akan di lakukan pada 8 Oktober 2011 dan konsert pada 9 oktober 2011.Tempatnya akan di beritahu kelak.So,buat masa ini sila MENTION band korang di page mereka iaitu Stompin Sabah dan pastikan nama band korang tak tercicir.Ini bertujuan memperlihatkan keinginan setiap band untuk terpilih ke sessi uji bakat dan insyallah terus ke konsert





Jadi masih banyak masa untuk anda mempersiapkan diri anda untuk merebut peluang yang datang setahun sekali ini.Dimana bukan senang nak dapat naik stage besar,sound sistem yang POWER,lampu lip lap-lip lap kan.Dan buktikan yang korang juga sehebat band band semenanjung yang tak pernah mengalah dan berundur di persada muzik tempatan.

Kalau dulu,hanya kategori berkumpulan sahaja yang di pertandingkan.Kini Stompin Sabah akan mewujudkan 5 kategori untuk di pertandingkan.Antaranya adalah:-


  1. Bands
  2. Solo
  3. Dancers
  4. Djs(turntable)
  5. Host
Nahhhh,ini sudah bagusss kan.ada 4 kategori baru yang menanti anda.so,jangan tunggu lama lama.Serlahkan bakat anda melalui STOMPIN SABAH ini.Insyallah,onlinefm akan terlibat sama dalam acara ini.Maklumat lanjut akan di umumkan melalui website OnlineFM

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..