Tiada pengalah,semuanya PEMENANG

by 1:52 PM 0 comments


Pada malam sabtu yang lepas telah berlangsung untuk kali yang 3 acara tahunan anjuran Lembaga kebudayaan Negeri Sabah ini yang dikenali sebagai Prima Akustika.Acara ini adalah sebuah acara yang sentiasa menampilkan pemuzik pemuzik secara berkumpulan yang beradu nasib dengan mempamerkan muzik mereka secara akustik

Sebenarnya malam tu adalah dalam keadaan kurang sihat sedikit,but still boleh support mereka.Anyway,lot of  gambar gambar malam tu korang bleh lihat di FB kawan kawan yang turut serta memeriahkan acara malam tu


Antara band yang berentap (J.P dari Penampang)
Macam femiliar kan line up band J.P ini.Rasanya ramai juga mengenali band ini yang mana J.P tersebut membawa maksud Jon Paradise.Mungkin malam tersebut bukan rezeki mereka untuk dapat tempat di hati juri yang bertugas.Anyway,rasanya mereka tak lari dengan konsep mendengdengkan lagu inggeris yang mantap mutu vokalnya.Uisehhh,aku pun macam juri la pulak,nanti ada karang kena BANNED.Soweyyy..


DownUnder (3rd Place)
 
Kumpulan Down Under inilah mendapat tempat ke3 dalam acara ini yang mana band ini rasanya baru juga ditubuhkan dan dengar cerita masih dalam proses menyiakpan single terbaru mereka yang sedang di proses di studio KKMP yang terletak di Kingfisher,Likas.Baru baru ini juga,mereka telah membuat persembahan dalam acara showcase KKMP Compialation 2011.Sekiranya anda ingin melihat band ini,mereka aktif menggadakan aktiviti Busking sekitar Kota Kinabalu pada setiap hujung minggu.So,sheck it out guyzzz...


Rythem Of Borneo
Kumpulan ini telah mendapat tempat ke 2 dimana saya hanya mengenali vokalistnya iaitu Ritchel,adik kepada Robsen.Persembahan mereka pun tak kurang hebatnya berbanding kumpulan lain.Apatah lagi dikenakan dengan pakaian yang seragam.tapi,ialah,dah tak da rezeki tuk jadi Juara.Its Ok,tahun depan still ada lagi  kan..

dari Kiri:- Maharani,Rythem Of borneo 7 Down under
Inilah pemenang pemenang bagi acara Prima Akustika 2011 yang mana di juarai oleh kumpulan MAHARANI yang berasal dari Kota Belud Sabah.Malangnya saya tak dapat nak cari gambar mereka.Rasanya ini sudah memadai untuk korang melihat dengan keseluruhan juara,naib juara dan tempat ketiga.

Maharani adalah kumpulan yang ke enam membuat persembahan pada malam itu.Penyanyinya iaitu Robsen memang tidak menghampakan penonton yang hadir kerana aksi selamba beliau cukup memuashan hati mereka.Apatah lagi juri sehinggakan mereka di nobatkan sebagai juara.

Juara Prima Akustika 2010 iaitu kumpulan Fingerstyle
Sementara menanti keputusan dari juri,bekas juara Prima Akustika 2010 iaitu kumpulan Fingerstyle telah membuat persembahan.Ini membuakan bertambah berdebar kesemua kumpulan yang bertanding.

Sham kamikaze
Salah seorang juri pada malam itu adalah Sham kamikaze.Tak sah kalau beliau tak buat persembahan gitar solo pada malam itu.Semestinya ramai penonton terpukau dengan persembahan yang di tampilkan oleh beliau.Apa lagi dengan penampilan Imej terkini Sham yang terbaru ini.rasanya ramai yang dah mengetahui mengenai apa yang di tempuhi oleh seorang anak seni ini.


Dua duanya pun bernama SHAM
Mulanya aku berangan angan untuk bergambar dengan Sham kamikaze.tapi,alhamdulillah dengan bantuan beberapa orang teman yang aa kamera SLR,dapat juga terselit wajah ini bergandingan dengan gitaris yang diminati ramai ini.biarpun aku tak tahu main gitar,namun rasanya tak salah menjadikan dia sebagai idola atau contoh.Apa lagi dalam perubahan yang sedang beliau hadapi sekarang ini

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..