Penyambung generasi Laser Beam

by 11:23 AM 0 comments
Source:-  Fingerstyle LB Facebook Fan Pages 
Band ini terdiri dari lima orang anka muda yang amat berbakat besar dalama bidang muzik.Dan yang paling bestnya band ini adalah kesinambungan dari sebuah band OTAI kelahiran Sabah juga yang dulunya dikenali sebagai Laser Beam.Kenapa saya cakap macam tu...

Mulanya saya tertanya tanya mengenai Laser Beam.Now segala persoalan yang bermain di minda mengenai band OTAI ini telah terjawab bila mana saya mengunjungi kedai mereka.


Akhirnya aku dah sampai juga ke sebuah kedai yang juga dijadikan klinik.Jangan ingat manusia dan haiwan saja yang ada klinik,gitar,keybord dan pelbagai alat muzik juga perlukan perkhidmatan seroang doktor yang bertauliah dari segi pengalaman.Klinik yang saya maksudkan adalah LB Music center yang terletak di Center Point,Kota Kinabalu.

Disinilah aku berjumpa dengan ahli kumpulan Laser Beam dan dan keluarga beliau yang turut sama mengusahakan bisnes kedai muzik ini.Agak lama juga lepak lepak sana,chit chat dengan Anty Aida dan juga pemain gitar utama kumpulan Fingerstyle iaitu Syuwari.Sebelum ni rancak chat di FB jak,ni kali face to face lah.Now its turn to find out about this young generation call FINGERSTYLE.

Fingerstyle adalah sebuah band yang mana mereka dididik sepenuhnya oleh Uncle Ritchie.Rasanya saya tak layak nak sentuh cara beliau mendidik anak anak muda ini dalam perjalanan membentuk sebuah kumpulan kugiran yang bermutu dalam penghasilan sesebuah muzik.Kerana saya kurang arif dalam bab bab muzik ini.

Tetapi,apa yang saya bangga dan terharu bila mana setiap kali acara yang melibatkan Fingerstyle,sudah pasti akan kelihatan Uncle Ritchie & anty Aida di dalam acara tersebut.bukan kerana mereka adalah Ibubapa kepada salah seorang anggota band tersebut,tetapi mereka juga adalah pengurus yang sentiasa memastikan segala proses perjalanan muzik yang bakal di persembahkan pada sesebuah acara tersebut berjalan dengan lancar dan jayanya.Termasuklah memastikan kesemua bunyi gitar kedengaran dengan jelas,suara penyayi juga jelas kedengaran,bunyi pukulan snair,bass drum mantap dan macam macam lagi lah..

Tak hairanlah muzik dan mutu persembahan yang terhasil ketika acara berlangsung pasti akan memukau mata dan telinga tetamu yang hadir.Dan nampaknya perjalanan anak anak muda ini pastinya belum berakhir dan sentiasa akan di berikan tunjuk ajar oleh orang yang amat berpengalaman dalam muzik dan suasana sesebuah acara.

Apatahlagi penglibatan band ini dalam mana mana acara Battel of the band.pasti akan membuahkan hasil dan sentiasa mendapat tempat di mata juri.Teruskan perjuangan anda  dan jangan hampakan impian keluarga anda apatahlagi Fingerstyle adalah kesinambungan Laser beam yang sangat mashyur di Sabah suatu ketika dahulu.

p/s
Teringin juga bekerjasama dengan fingerstyle,Insyallah...

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..