On9FM Big Jamm

by 9:44 PM 0 comments
Sekadar gambar hiasan

Pada 1 Januari lepas,ONLINEFM telah menganjurkan MINI JAMM "Tribute to INDIEpendent bands" kali ini kami sekali lagi ingin menganjurkan showcase yang memberikan peluang untuk band band yang seterusnya membuat persembahan.

Pada kali ini kami menamakannya BIG JAMM dimana ONLINEFM akan menampilkan band band yang baru atau yang dah lama menyepikan diri.Pada masa yang sama ONLINEFM akan mengutamakan pada band band yang ada PROFILE di website kami iaitu I-SONG.

I-SONG ini juga merupakan CARTA ON9FM yang mana konsepnya sama dengan Youtube.Cuma pihak ADMIN tak menampakkan viewernya.Bukan apa,kami nak tengok sejauh mana SUPPORT korang pada band yang korang minat.Sekiranya kamu suka pada mereka,promotekan link mereka di FB anda mahupun di blog anda.Dengan cara ini,PROFILE mereka akan berada di tanga di atas.

Di pendekkan cerita lah,pihak onlinefm akan memilih band yang akan membuat persembahan di event BIG JAMM pada bulan Julai ini berdasarkan CARTA ONLINEFM yang terdpat di I-SONG ini.10 band teratas akan berpeluang membuat persembahan di pentas big jamm tersebut.Rasanya ini adalah satu langkah permulaan korang memperkenalkan PROFILE anda dan secara otomatik,orang luar akan mengenali lagu lagu yang anda cipta sendiri.

Kalau sebelum ini anda memperkenalkan band anda menggunakan MYSPACE ,REVERBNATION mahupun FACEBOOK kesemua ini merupakan website milik orang luar yang bukan dari orang Malaysia.Memang tidak dinafikan pengaruh website tersebut sangat meluas,tapi siapa kata anak Malaysia tak mampu buat macam itu.Seperti yang Onlinefm lakukan di I-SONG,ianya juga merupakan website yang mempunyai motif yang sama dimana  anda boleh support dengan berkongsikan PROFILE band serta lagu lagu anda.

Sama seperti ungkapan yang mana saya sering taipkan di FACEBOOK,TWITTER mahupun BLOG ini iaitu kalau bukan KITA,SIAPA lagi nak support kan.Kita disini membawa makna Rakyat Malaysia yang setiasa menyokong sesama band.Tanpa memikirkan bangsa,agama mahupun genre.Tetap support sampai bila bila.Bermakna anda juga mampu menyokong website kami lebih lebih lagi ruangan I-SONG ini.
 

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..