Dia datang lagi

by 10:05 AM 0 comments
KK Jazz Festival
Sekali lagi,acara tahunan ini bakal akan di laksanakan.Seolah olah ianya adalah produk tahunan Negeri Sabah dimana pada ketika inilah,Negeri ini akan di kunjungi oleh pemuzik pemuzik luar yang sealiran dengan muzik jazz ini.

Kali ini KK Jazz Festival akan di adakan pada bulan June dan tempatnya adalah di Gelanggang Tenis yang terletak di Sutera Harbour Marina Golf & Resort.Tempat ini adalah tempat kesukaan penganjur dimana acara sebelum ini juga telah di langsungkan disini.Tidak hairanlah jika pihak Resort sentiasa memberikan kerjasama sepenuhnya kepada penganjur untuk acara tahun ini kembali.

pada tahun 2011 ini,acara ini di langsungkan selama dua hari.Dimana penganjur telah menjanjikan sesuatu hiburan yang pasti membuatkan hati penonton terhibur dan terpesona.Apa lagi kengan bunyi aliran muzik JAZZ yang pasti membuatkan kedua belah kaki akan mula bergoyang mengikut rentak irama yang di mainkan.Anda boleh lihat senarai pemuzik pemuzik yang bakal menhiburkan malam tersebut:-


17 June (Friday)
  1. Momain Blues (kk)
  2. Elixir Trio (kk)
  3. Spice Of Tone(Labuan)
  4. WVC Trio(KL)
  5. Lucky (Indonesia)
18 june (Saturday)
  1. Agung Beat ft Dayang Noraini(kk)
  2. Zyan(kl)
  3. The Benjamin Lacknear Trio (USA)
  4. Juzzie Smith(Aus)
  5. Aseana Percussion Unit(kl) 

Buat masa ini tiket sedang giat di jual kepada mereka yang ingin menyaksikan festival bunyi bunyian Jazz ini.Sekiranya anda berminat atau ingin mengetahui maklumat lanjut,anda boleh berhubung dengan :-

Rtn Chiang Wei Chia
Rotary club of Kota Kinabalu
Society of Performing Arts Kota Kinabalu Sabah (SPArKS)
Email:- weichia88@gmail.com

p/s
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai acara ini,sila klik KK Jazz 2011 atau KK Jazz Festival

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..