Pembakar semangat setiap hari

by 11:57 AM 0 comments
Kalau bukan KITA,SIAPA lagi

KALAU BUKAN KITA,SIAPA LAGI merupakan tagline atau kata kata semangat yang dah lama saya  ungkapkan sejak 2 tahun lepas.Yang pastinya ayat ini tidak di beli lagi atau dijadikan TM untuk kepentingan diri sendiri.Malah sesiapa pun layak menggunakan ayat ayat ini kerena ianya membawa maksud yang banyak dan dalam.

Sejak kebelakangan ini ramai sudah mula menggunakan kata kata perangsang ini terutamanya dalam bidang muzik dimana ianya digunakan sebagai pembakar semangat untuk meghasilkan karya yang bermutu dan power di kalangan komposer mahupun penulis lirik tempatan.bukan saja di Sabah,malah ada di antara member band Indie yang berada di Semenanjung,pun dah mula mengeluarkan kata kata ini sebagai tanda support dengan apa yang di lakukan selama ini.Rasa terharu juga bila benda sekecil ini boleh di hidu sampai ke Semenanjung sana.Apatah lagi ianya dapat support dari band band besar yang dah ada nama di arena Mainstream...

Sedikit perkongsian untuk kita bersama  mengenai kata kata pembakar semangai ini dimana ayat KITA itu membawa banyak pengertian.Antaranya adalah:-

kalau bukan KITA,SIAPA lagi..


  1. Sebagai seorang pemuzik  
  2. Sebagai rakyat  Malaysia   
  3. Sebagai peminat kepada artis mahupun band tempatan
  4. Sebagai orang tempatan (bumiputra)
  5. Sebagai seorang bloggers 
  6.  Sebagai orang yang berdarah seni
  7. Sebagai seorang ISLAM 
  8. Sebagai seorang belia yang benci akan 3 benda terlarang iaitu "Dadah,Alkohol & Keganasan"
  9. Sebagai pengiat seni
  10. Sebagai seoeang yang ingin melihat anak anak muda maju dalam bidang muzik
dan banyak lagi kalau nak di pikirkan....



Jadi sama sama lah kita membakar semangat sesiapa saja dalam pelbagai aspek dengan menggunakan kata kata pembakar semangat ini di rangan laman sosial mahupun blog anda.Dan harap ianya dapat membuka minda dan pikiran warga sekeliling tentang apa yang anda maksudkan di sebalik ayat ayat ini.Gunakanlah ia demi memartabatkan industri muzik atau pun apa saja.Akhir kata dari saya dalam artikel kali ini..

kalau bukan KITA,SIAPA lagi...

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..