Pelaburan yang berfaedah

by 3:27 PM 0 comments


Emm,rasanya tahun ini nak tumpukan pada new theme atau tema nak tegaskan pada all indie band untuk memfokuskan pada kualiti lagu lagu yang mereka rakamkan.Sebelum ini,kita nak kenalkan pada orang luar bahawa ramai band band yang berbakat dalam bermain muzik dan mencipta lagu sendiri.Kini masanya telah tiba untuk kita ajak band band membuat rakaman yang mencapai piawaan yang di tetapkan oleh pihak pihak media yang sewajarnya.Contohnya media radio frekuensi,mereka sememangnya tetap dengan pendirian dengan menetapkan beberapa syarat untuk memainkan sesebuah lagu di radio mereka.Antaranya kualiti muzik itu sendiri kena mantap.

Kalau di ikutkan,sudah banyak studio rakaman sekitar Kota Kinabalu mahupun di daertah daerah lain mempertingkatkan mutu teknologi yang diguna pakai.Cuma,ianya bergantung pada SOUND ENGINEER itu sendiri untuk mencabar kemampuannya untuk menghasilkan sesuatu lagu yang berkualiti dan boleh di terima pakai oleh syarikat syarikat media massa terutamanya STESEN RADIO.

Credit to dBOS-fm 

Ini terbukti dengan ada bingkisan dan support dari mereka mereka yang sudah masak dengan scence INDIE yang amat kurang prihatin dengan kualiti lagu lagu yang di hasilkan.Atas alasan tak cukup modal untuk spend diut bagi merakamkan SINGLE yang berkualiti.Memang betulah yang di katakan oleh Dj UNO selaku sound engineer di AMP iaitu tempat bernaungnya stesen radio ERA & Hitz.kalau nak maju,kena buat INVESMENT sikit demi mendapatkan kualiti yang bermutu.Dan melalui kualiti yang baguslah,sesebuah lagu itu akan mula mendapat perhatian ramai,dari segi susun atur muziknya,penulisan liriknya,dan juga penciptaan melodinya.

Jadi,sekiranya anda ingin maju lagi setapak,sematkan dalam hati dan bincanglah dengan line up line up korang untuk membuat sedikit invesment iaitu mengeluarkan sejumlah RM untuk merakamkan lagu yang bermutu.dan juga,sebelum itu,pastikan anda mengenali dengan terperinci siapakah SOUND ENGINEER yang akan menghasilkan lagu lagu anda.kerana dialah yang akan menentukan hala tuju lagu kamu.Dan pastikan dia juga dapat membimbing kamu untuk memartabatkan lagu muzik yang kamu perjuangkan.

Sama samalah kita belajar dan memperbaiki sebarang kekurangan dalam diri mahupun apa sahaja.Kerana "kalau bukan KITA,SIAPA lagi"...

p/s
lepas ni,dah tak da nak dengar DEMO DEMO lagi yer.Terus jak rakam SINGLE...:)
Boleh bah kan,Insyallah..


BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..