Mereka semakin berani

by 11:19 PM 0 comments


Nampaknya semakin hari semakin berani sudah band band INDIE kita mencari vanue yang sesuai dan selesa untuk di kunjungi oleh peminat muzik indie.Ini terbukti dimana sekali lagi SANDAKAN INDIE SCENCE bakal mengeggarkan daerah mereka dimana tempat kelahiran aku sendiri dengan mengadakkan GIG yang bertemakan BERSATU KITA TEGUH,BERCERAI KITA ROBOH.


Ini merupakan tema yang amat bersesuaian untuk dijadikan semangat kepada belia belia kita yang amat meminati muzik,apatah lagi yang dapat menghasilkan lagu dan melodi mereka sendiri.Cuma pada yang baru baru berjinak ke dunia underground ini,harap dapat menyesuaikan diri masing masing dengan suasana ketika gig berlangsung dan kekalkan support all abnd band yang membuat persembahan.

Rasanya ini adalah GIG terbesar yang bakal penganjur anjurkan dimana akan menampilkan seramai 28 buah band INDIE yang bersemangat untuk memperlihatkan bakat masing masing di dunia UNDERGRUND scence.Korang boleh lihat senarai band band ini di flyers yang ada di atas ini.

Gigs ini juga mengenakan tiket yang amat berpatutan iaitu Rm15 untuk seorang.Sekiranya membeli di pintu masuk,ianya akan naik sebanyak rm5.Jadi untuk mendapat harga yang murah,dapatkan secepat mungkin.Dan jangan lupa,dan tolong ingatkan teman teman yang bakal hadir iaitu NO SMOKING,NO ALCOHOL,NO DRUGS & NO VIOLANCE.Ini merupakan syarat syarat utama pada setiap mana mana gigs yang dianjurkan di mana mana tempat terutamanya di Malaysia.

Menghadirkan diri ke dalam gigs bukanlah semanat mata untuk 3 perkara perkara diatas.malah tujuan utamanya adalah untuk menyaksikan bakat bakat baru,lagu lagu baru dah kualiti serta cara pembawaan sesetiap band akan memberikan semangat kepada pengunjung.

Apa apa pun,saya mengharapkan ada orang yang sudi berkongsikan gambar untuk saya buat entri dalam blog ini.Dan harap di TAGG dalam FACEBOOK saya juga ya..:)

p/s
kalau bukan KITA,SIAPA lagi

Ini

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..