Mereka juga prihatin,anda pula bagaimana?

by 10:10 AM 0 comments
KK Muzsic Production a.k.a KKMP
KK Music Production atau lebih mesra di panggil KKMP adalah sebuah rekoding studio yang terletak di King Fisher,Likas.Ianya seperti studio studio yang lain juga di mana menyediakan perkhidmatan JAMMING SESSION dan rakaman lagu berbentuk DEMO,EP,SINGLE mahupun ALBUM.Studio ini dimiliki oleh salah sorang anggota kumpulan Sofazr iaitu rodie bersama  rakan kongsinya.

Baru baru ini mereka telah menjalankan satu aktiviti yang rasanya belum pernah lagi di buat oleh mana mana studio rakaman iaitu mengadakan lawatan amal ke rumah rumah kebajikan.Bukan sahaja petugas petugas di KKMP,malah KKMP juga telah membawa beberapa bual band band INDIE tempatan turut serta dalam aktiviti amal ini.Dimana band band ini akan melancanrkan Album kompilasi dalam masa terdekat ini.

Pusat Kasih Harapan, Telipok
Mereka telah memilih rumah kebajikan Pusat kasih harapan dan Pertubuhan kebajikan Telipok sebagai tempat mereka menghabiskan masaya bersama sama penghuni disana.Pelbagai aktiviti yang mereka adakan di rumah kebajikan tersebut disamping memberikan sumbangan berbentuk barangan keperluan dan sebagainya.

Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Miskin & kurang upaya, Telipok
Kehadiran mereka juga amat di alu alukan oleh penghuni rumah kebajikan tersebut dimana kelihatan raut wajah ceria terpampang bila mana mereka di sapa oleh saudara saudara dari KKMP.Ini anda boleh lihat melalui gambar gambar semasa mereka disana.Biar pun mereka saling tidak mengenali antara satu sama lain,namun ianya tidak menjadi halangan untuk mereka bergembira dan berhibur bersama sama.

Gelagat warga KKMP bersama penghuni rumah kebajikan tersebut
 Sudah namanya warga KKMP,tak sah kalau mereka tidak meluangkan masa untuk menghiburkan penghuni rumah kebajikan tersebut dengan pelbagai lagu yang menjadi siulan penghuni tersebut.Sehinggakan ada antara adik adik kecil ini turut serta menyanyi bersama sama abang abang KKMP ini.ternyata mereka amat gembira sekali dan rasaya mereka lupa apa yang mereka alami iaitu mereka adalah anak anak yatim.Nama anak yatim itu hanya pada pandangan orang luar sahaja.Namun bagi kita makhluk ciptaanNYA apatah lagi yang beragaman islam,tidak ada bandingan antara kita.Biarpun berlainan kaum,bangsa mahupun agama namun kita tetap Saudara.

Gambar kenangan
Saya pasti ada antara pengunjung yang akan menitiskan air mata dimana melihat anak anak kecil ini sudah berstatus YATIM iaitu tidak mempunyai tempat bergantung apatah lagi kedua orang tua.Namun aktiviti aktiviti amal seperti ini dapat membuatkan mereka lupa akan status tersebut kerana ramai yang sayang akan mereka.Ini amat ketara sekali bila mana gambar gambar yang kelihatan sewaktu lawatan warga KKMP ke sini.Kalau nak lihat,sila kunjungi FB mereka iaitu KKMP .

Rasanya ini bukanlah kali terakhir bagi mereka iaitu KKMP untuk mengadakan lawatan amal,malah ianya satu titik mula mereka selaku pengiat seni muzik tempatan berusaha dan sentiasa ingat akan mereka mereka yang amat memerlukan perhatian.Bukan sahaja dari segi barangan keperluan,malah perkongsian kasih sayang juga diharapkan oleh penghuni rumah kebajikan ini.

Inilah yang saya katakan KALAU BUKAN KITA,SIAPA LAGI dimana jangan mengharapkan ada orang lain yang memulakan sesuatu perkara.Kita yang kena mulakan dahulu dan sudah pasti ianya akan menjadi ikutan, Insyallah...

p/s
jangan lupa datang ramai ramai masa showcase Kompilasi Indie fest 2011 pada 30hb ini...:)

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..