Bulan Jun akan datang...

by 3:44 PM 0 comments
Pre Rockfest Marathon 2011 at Sheninigan Hayatt hotel.

Alhamdulillah,pada hari sabtu yang lepas tercapa juga hajat Uncle M dalam acara yang jadi konterversi ini iaitu Rockfest marathon 2011.Akan tetapi,atas sebab sebab tertentu,pihak penganjur iaitu GMG Media tidak dapat mengadakan pada tarikh tersebut.Dan tarikh baru telah di pilih iaitu 11 June 2011 akan datang.ini lah masa yang di tunggu tunggu oleh semua lapisan belia yang dahagakan suasana seharian yg bingit dengan pelbagai konsep muzik tempatan,terutamanya di Sabah.


Pada hari acara kali ini,terdapat beberapa band membuat persembahan yang sangat menghiburkan pengunjung pada masa itu.Antaranya:-


  1. The Ariez
  2. The Everyday (Kuala Lumpur)
  3. Cahaya D'Folk
  4. The Mines
  5. Asarock
  6. Confius Chronies
  7. Sasuka




Utusan Borneo 5 April 2011


dan hari ini adalah hari yang bermakna bagi penganjur dimana acara rockfest tersebut telah terpampang di dada akhbar Utusan Borneo.Rasanya ini adalah satu titik permulaan untuk penganjur atau pun bakal penganjur membantu band band tempatan kita untuk memperkenalkan muzik mereka disamping membawakan kepelbagaian konsep acara seperti kesedaran alam sekitar,masalah sosial mahupun apa sahaja bentuk kesedaran untuk pengunjung sertai bersama sama.

tarikh 11 June 2011 telah di tetapkan untuk acara gilang gemilang di mana penganjur menjanjikan sebanyak 30 buah band yang akan beraksi di stadium likas sempena Rockfest Marathon 2011.Setakat ini sebanyak 60 buah band telah menghantarkan penyertaan untuk naik ke pentas RFM ini.kana tetapi,pihak penganjur akan membuat saringan dimana mereka mengutamakan band yang mempunyai lagu sendiri.

Dalam masa yang sama,peserta peserta semua akan di nilai berdasarkan mutu persembahan dan konsep muzik.Ini akan beritahu melalui fan pages RFM di Facebook nanti.Dan acara tapisan ini akan di lakukan di studio studio jamming yg telah di tetapkan oleh penganjur.

Dan dalam acara RFM ini,penganjur akan menjemput beberapa buah band dari semenanjung untuk sama sama beraksi di pentas RFM ini.rasanya ini adalah satu acara besar yang amat di tungu tunggu oleh peminat muzik tempatan,terutamanya indie band.

Sama sama kita nantikan tarik keramat ini dan pada yang rasanya nama band anda tersenarai dalam 60 buah tadi,sila siapkan diri anda untuk di temuduga di studio jamming.Dan sekiranya ada sebarang kemushkilan,boleh berhubung dengan pihak penganjur melalui pages mereka sahaja.

keep support our local bands,sebab..

kalau bukan KITA,SIAPA lagi

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..