11 Band di Pentas INDIE

by 10:30 AM 0 comments
 Alhamdulillah dan sekalung tahniah kepada pengiat muzik tempatan kita atau lebih senang di pangil penganjur kerana tak serik serik mengadakan showcase semata mata memperkenalkan band band baru yang amat berbakat dalam bermain muzik dan mencipta lagu lagu sendiri tanpa perlukan komposer dan penulis lirik.

Boleh dikatakan setiap hunung minggu terutamanya hari sabtu,pasti ada sahaja gigs mahupun aktiviti muzik yg bakal berlangsung sekitar Kota Kinabalu ini.Akan tetapi,kebiasaannya di anjurkan oleh kumpulan kumpulan kecil sahaja.iaitu golongan yang kurang berkemampuan dari segi kewangan mahupun support dari media massa ternama.Tapi,ini tidak menjadi maslah bagi mereka kerana rasanya mereka sudah mula membuka minda dan rasanya sudah berpegang pada kata kata seorang pujangga iaitu kalau bukan KITA,SIAPA lagi.Dimana penganjur tak mengharapkan sesiapa untuk memulakannya,maka mereka bertindak atas dasar support akan muzik scence.




Pada 30 april ini,KKMP Music Production yang di miliki oleh keybordist kumpulan Sofarz iaitu Rodie Sofarz telah menganjurkan satu showcase dimana menampilkan band band yang bernaung di bawah production mereka.KKMP juga adalah sebuah rekoding studio yang terletak di King Fisher dan amat mudah di kunjungi kerana rasanya FREE PARKING kot..hehehe

Saya dapat tahu antara band band yang akan beraksi di vanue yang telah di tentukan ini adalah band yang telah merakamkan lagu di studio KKMP itu sendiri.Dan rasanya ini merupakan satu langkah promosi yang bagus dan amat berkesan dimana mereka(KKMP) dapat bersaing dengan rekoding studio yang ada di sekitar Kota Kinabalu ini.Sudah pasti mereka ingin bersaing secara sihat dan sama sama ingin memperbaiki mutu sesebuah kualiti lagu yang mereka hasilkan.

Antara band band yanga kan membuat persembahan pada hari tersebut sememangnya sudah dikenali dan ada peminat mereka sendiri.Namu mereka ini juga sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru dalam mempromosikan lagu lagu ciptaan mereka sendiri.Mereka mereka ini  adalah seperti berikut:-


  1. Frontman Company
  2. Xinxerena
  3. Cahaya D' Folk
  4. Kenappa Band
  5. ORANG PLANET
  6. Under Down
  7. AfterMat
  8. Rock En Soul
  9. I am Not Single
  10. Heroes
  11. Maya

Seramai 11 buah band yang akan memperdengarkan lagu lagu hasil ciptaan mereka sendiri dan selepas sahaja showcase ini berlangsung,satu CD kompilasi akan KKMP edarkan di pasaran untuk melihat sambutan orang awam terhadap hasil titik peluh anak anak muda kita di persada seni muzik tempatan ini.



Produce by KKMP music production


Tiket tiket sedang giat di jual dengan harga yang sangat berpatutan iaitu Rm15 sahaja.Sekiaranya ingin mendapatkannya sila berhubung dengan brader brader kita ini di talian :-


  1. 012-8265323 (Acai )
  2. 016-8634284 (Tajul )
  3. 016-8342055 (Naz - area 1borneo)
  4. 016-8401501 (Carlson - Area karamunsing)


Dan apa yang ingin kita semua perlukan adalah support dari pengemar pengemar muzik tak kira tua atau muda, iaitu memperkenalkan band band kita pada masyarakat dan sama sama membantu band kita naik di persada tempatan mahupun tanahair.Bukannya memburuk burukan antara band.Anda semua dalam satu galaksi iaitu muzik scence dan sudah termaktub satu ikatan yang erat antara kalian semua.jangan jadikan konsep muzik yang anda bawa sebagai alasan untuk membanding bandingkan antara satu sama lain.

Sepatutnya Anda membandingkan mutu kuliti lagu ciptaan anda sama ada diterima pakai oleh zaman atau masih di takuk yang lama.Jadikan istilah "TAK AKAN PUAS" sebagai motto hidup anda di arena muzik ini.Dimana setiap lagu yang dihasilkan,anda tidak akan mudah berpuas hati kerana teknologi dan kualiti akan berubah mengikut peredaran zaman.Apa lagi kita di hujani dengan perisian komputer yang pelbagai.Cuba hasilkan lagu yang berkualiti dari segi teknikal,dan dapatkan bantuan dari pihak pihak tertentu.Antaranya pihak RTM,sebagai sumber untuk anda majukan mutu lagu anda di masa akan datang.

Memang betul lah,nak rekod lagu yang berkualiti amat tinggi kos yang harus di tanggung.Tapi sampai bila alasan ini akan di guna pakai dimana anda inginkan kepuasan dan inginkan muzik anda di dengarkan seluruh pelusuk tanah air dengan kualiti yang mantap...so pikir pikirkanlah dan selamat beramah...:)

Walaupun apa yang berlaku,kita tak perlu mengharapkan sesiapa dan inilah yang di katakan INDIEPENDENT.Cuma mulai sekarang,amalkan membuat persembahan secara berbayar dan bukannya FREE seumur umur.Paling tidak pun anda di berikan habuan berbentuk TOKEN dari penganjur.jangan malu bertanya sekiranya anda di pelawa bermain di pentas mereka.Itu adalah hak anda sebagai perfomer,kan..:)


Teruskan menyokong muzik tempatan sebab..
kalau bukan KITA,SIAPA lagi...

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..