Sandakan Indie Scence

by 11:44 AM 0 comments

Kalau 26hb mac ini di KK ada event Jamm Charity by Unirazak kolej,Sandakan pun tak melepaskan peluang untuk membingitkan suasa Bistro Cafe.Seperti biasa,organiser yang sehati sejiwa dengan pemuzik pemuzik  INDIE ini iaitu POMEY Studio dan Chromatic.Kalau tak silap aku,Pomey studio ini dulu adalah tempat band  rock kapak kelahiran Sandakan yang meletup dengan lagu TINA iaitu STRUGGLE.Tapi kini dah di ambil alih oleh mereka mereka yang berstatus penyambung tradisi muzik tempatan.

Kalau korang amati flyers di atas,semakin ramai band band baru muncul dan sudah berani menampilkan diri dengan gigs gis underground ini.Ini menampakkan satu aktiviti sihat dimana bermain muzik (Jamming atau gigs) dapat mengelakkan dari belia belia ini melakukan aktiviti aktiviti yang kurang sihat.Ini merupakan hobi yang boleh mendatangkan hasil iaitu dapat memeriahkan lagi indutri muzik tempatan,terutamanya di zaman ERA INDIEpendent band ini.

Band band seperti The Mines & Soda & Cocain tak perlu lah nak cakap.Mereka ini memang best,mana tidaknya mereka kerap kali kelihatan join gigs luar dari daerah Sandakan.Inilah yang kita harapkan,iaitu keberanian band band ini memperlihatkan hasil ciptaan lagu lagu mereka dan persembahan mereka di pentas gigs.Memang betul lah,pentas gigs ini kurang dapat sambutan orang awam dan warga luar.Akan tetapi,rasanya ini adalah titik mula setiap band band baru membiasakan diri mereka beraksi depan khalayak awam.

Setakat ini hanya Sandakan & Kota Kinabalu sahaja yang aktif dengan penganjuran gigs gigs sebegini rupa.Apa kata kita bagi support pada daerah daerah lain seperti Tawau,Lahad Datu, atau Keningau untuk penganjuran gigs gigs underground secara kecil kecilan.Rasanya tak salah nak bantu member member lain kan.Dan rasanya mana mana band yang di jemput,sudah pasti akan cuba untuk menghadirkan diri.melainkan ada masalah yang benar benar tidak dapat di elakkan.

Dan apa yang HARUS anda (Bands) kekalkan tema gigs anda iaitu NO DRUGS,No ALCOHOL & NO VIOLANCE.Kerana rasanya tema ini sangat sesuai di teruskan oleh anda semua selaku belia belia yang sering kali di libatkan dengan aktiviti yang kurang sihat.Jadikan ini sebagai cabaran untuk anda membenteras 3 perkara yang di haramkan oleh Agama bangsa & Negara...

Teruskan usaha anda memeriahkan muzik underground ini kerana...

kalau bukan KITA,SIAPA lagi

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..