No Alcohol, No Drug & No Violence

by 11:08 PM 0 comments

Memang aku salute la sama organiser organiser sekarang ini yang mana tak pernah puas dengan gigs atau open jamm.Mana tidaknya,setiap bulan ada sahaja event yang akan kelihatan flyers flyersnya di Facebook.Tak kiralah sama ada ianya di langsungkan di cafe cafe mahupun club club yang mudah di kunjungi.

Tanggal 09 April ini akan kita ketahui jawapan yang di nanti nanti oleh peminat peminat muzik metal ini.Iaitu akan berlangsung satu acara gigs di RAZZ MA TAZZ seawal jam 1 ptg hingga selesai.Yang pasti kali ini menampilkan kemunculan beberapa buah band yang sudah lama menyepi.Tapi sebelum itu,secara terus terang saya amat kekurangan info mahupun sumber mengenai event event sebegini rupa.Almaklmlah,belum berkesempatan nak join atau menyaksikannya lagi.Insyallah,kalau hari ini tiada urusan atau apa apa ha,pasti akan hinggap juga..:)

Kalau anda perhatikan senarai nama nama band di atas,memang ada yang dah tahu atau tak sabar sabar nak menyaksikan persembahan mereka terutamanya band Bazooka X.Mana tidaknya,mereka ini tak pernah miss dengan setiap gigs underground mahupun battel of the band.Apa lagi pernah di invite tuk buat show di Melaka suatu ketika dulu...

Kalau anda tanya saya,dalam banyak banyak band di atas,saya memang nak tengok persembahan band MEREJEEN & HARLOTNYMPH.Bukan apa,sebelum nin hanya demo mereka saja saya selalu dengar melalui radio ONLINEFM.Tak pernah lagi nampak mereka beraksi di stage.So,ni kali lah peluangs aya melihat mereka beraksi.yeahhhh..

so,mungkin ada yang tertanya tanya mengenai tajuk entri ini iaitu No Alcohol, No Drug & No Violence.Secara terus terang saya nak lihat dan harapkan sebagai peminat dan pengunjung gigs gigs macam ini,saya amat mengharapkan agar tema ini ( No Alcohol, No Drug & No Violence) akan di kotakan oleh penganjur dan penonton.Bukannya apa,kita cuba hormat dan support scence yang ANDA sedang jalankan.Sebelum tu saya ingin meminta maaf sekiranya kata kata ini menyebabkan ada segelintir pihak yang terasa atau sebagainya.Bukan apa,hanya inginkan mind set ORANG AWAM akan berubah.


Dari dulu hingga kini,mereka sering kali mengaitkan yang gigis gigs sebegini ada pengaruh pengaruh dari benda benda yang terlarang.So,kita sebagai peminat muzik dan anda sebagai pemizik,buktikan yang mereka itu silap.dan itu adalah kisah lama.Now its our ERA.Music without ALCOHOL,DRUGS & VIOLENCE.dan ianya akan kekal sampai anak cucu...

Amacam,boleh kah geng...

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..