Kecil bukan masalah

by 1:50 PM 0 comments
Antara CROWD yang hadir sebelum mulanya acara
Bak kata pepatah di mana ada kemahuan di situ ada jalan.Inilah yang berlaku pada acara ini di mana di saat saat terakhir pihak penganjur telah mengubah tempat berlangsungnya showcase ini.Sebelum ini yang kita ketahui adalah akan di buat di Starbuck 1B.Akan tetapi,terdapat sedikit masalah teknikal dan mereka telah mendapat vaneu baru iaitu ORIGIN CAFE yang terletak di Karamunsing Capital.

Acara ini agak lewat sedikit mulanya kerana persiapan di saat saat akhir ini antara penyebabnya.Tepat jam 3 petang,ianya bermula,dan sebelum itu pun CROWD dah mula membanjiri ORIGIN CAFE ini.Saya nampak raut wajah tuan punya cafe SHOCK dan happy yang teramat bila sendiri menyaksikan cafenya di kerumuni crowd di kalangan pengemar muzik dari pelbagai peringkat umur mahupun bangsa.

Cuma rasa kecewa sikit sebab tak dapat nak usha tuan punya kedai sebab keadaan dah mulai happening.Anyway,ketika persembahan mula rancak,aku sempat berkeliaran mencari kengkawan yang di kenali untuk di tanyakan mengenai info2 muzik.Almaklumlah,pengetahuan masih lagi cetek dan still need more INPUT.Dengan cara ini aku dapat menambah lagi pengetahuan dari segi knowledge dan luaskan networking ini.

me with OJIE (Stone Bay)
 Aku juga seperti  crowd yang lain iaitu menanti kemunculan special guess band yang di datangkan khusus dari Kuala Lumpur iaitu STONE BAY .Tanpa di sedari,band ini muncul juga sekitar 30min ketika event sedang berlangsung.Nampak sangat pandangan orang ramai terpesong sekejap apabila terlihat line up band STONE BAY memasuki ORIGIN CAFE.Aku sangat sangat beruntung,pada mulanya aku malu nak approch OJIE (Vox Stone bay) sebab,bah,siapa lah aku nak approch dia.Akan tetapi,dia sendiri yang menghampiri kami sambil bersalaman dan bertanyakan khabar.Wah,rasa best sangat bila salah satu band fav turun ke KK dan menemui scence di sini.They so cool man...

STONE BAY merchandise
Mereka juga telah membuka mini both iaitu menjual merchandise STONE BAY.Antaranya sticker,baju EP terbaru mereka dan beberapa barangan lain.Dan tanpa di sangka sangka OJIE telah menghadiahkan 1 EP mereka kepada aku.Dan semestinya lagu KITA BERSAMA adalah lagu yang best.Nantikan kemunculan lagu ini di radio ONLINEFM.

Orang harapan music scence Chris with frendz
  Dan nampaknya aku dapat durian runtuh masa ini.Bila tiba tiba aku nampak brader Chris Pereira hadir dengan seorang temannya yang sangat di kenali ramai oleh pemuzik INDIE iaitu Dj Uno dari band Pop Shuvit.Seperti biasa,Chris memperkenalkan Uno kepada kami dan aku pun on lah gear 5 terus.Huhauaha


Me with Dj UNO (Pop Shuvit)

Aku memperkenalkan diri secara selamba dan semestinya memperkenalkan OnlineFm sekali gus dan apa yang kami buat tanpa sebarang pendapatan.so,dia kata may be mereka (AMP) bleh colaborate untuk next project.Rupa rupanya dia bertugas sebagai Operating Manager di Sabah.Yang mana pejabat mereka terletak di 1B iaitu di studio Era & HitsFm.Kalau ada rezeki,insyallah akan bekerjasama dengan mereka juga.Itupun kalau di perlukan la..:)

Nai with geng karaznya Root (frontMan Company)

Sebelum aku terlupa,kalau sebelum ini amat sukar nak dapatkan photographer yang sudi mengambilkan gambar On Behalf Onlinefm.Tanpa di sangka sangka salah sorang dari chaters kami di ruangan JOM BORAK iaitu NAI adalah seorang photographer yang hebat.Jadi,kami memohon jasa baik beliau untuk sudi mengambil gambar sekiranya ada acara muzik berlangsung di Kota Kinabalu ini.Itupun kalau beliau tidak ada sebarang tugasan yang lebih penting.So,masuk event ini,dah 2 kali beliau mengambilkan gambar.Yang pertama adalah acara STAGELESS yang di anjurkan oleh KKbandwidth.

 Kesimpulannya,event ini sangat berjaya dan biarpun vaneunya kecil dan memang tidak di nafikan tak mampu memenuhi pengunjung yang hadir,namun ianya tak menghalang dari peminat peminat muzik tempatan.Apatah lagi mereka mereka yang ingin mengetahui sambutan scence indie di KK ini.Kami harap agar acara acara sebegini rupa akan ters di anjurkan oleh pengiat muzik INDIE tempatan.Bukan sahaja di Kota Kinabalu,malah kalau boleh di adakan di setiap Daerah.Agar suasana muzik secara berkumpulan ini BINGIT dan luas pengaruhnya di kalagan belia belia sekarang

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..