Stone Bay di KK

by 10:12 AM 0 comments

Waduhh,rasanya dah lama tak update blog ini.Apa tidaknya sejak kebelakangan ini sibuk dengan kerjas di luar kota.Almaklumlah,kalau bekerja sebagai Technical Asst ni,tak bleh duduk diam.Asyik dapat arahan turun padang jak.

Tapi,sejak awal bulan January lagi aku ada dengar yang kumpulan Stone Bay sekali lagi akan turun KK.Tahun lepas,mereka juga telah beraksi di pentas ASTRO di mana di hostkan oleh Dj Xfm iaitu Ray & Haniff.Tapi,itu dulu,now mereka berdua telah menyertai geng ERAFM..

Memang bukan senang nak organise sesebuat event ni sebenarnya.Seperti biasa ada saja yang berubah dari segi tempat dan masa.begitulah yang terjadi dengan showcase WHAT WE AIM FOR ACOUSTIC ini.pada mulanya penganjur telah mencadangkan ianya akan di langsungkan di Starbuck 1B.Akan tetapi,mereka mengalami sedikit masalah teknikal dan berjaya juga mencari tempat yang lebih sesuai bagi SHOWCASE ini.

Mereka telah dapat support juga dari sebuah cafe yang rasanya ramai tak tahu iaitu ORIGIN Cafe yang terletak di Karamunsing Capital.Alah,sebaris dengan restoran Hang Li Po dan olde Town Kopitiam juga tuh.Rasanya takde masalah untuk ANDA meramaikan acara yang akan berlangsung esok petang.

Dan saya di beritahu ada beberapa buah local band yang turut serta mengiringi persembahan STONE BAY ini.Mereka terdiri dari band band INDIE yang sedang giat menempatkan nama mereka di persada seni muzik Underground.

Antaranya adalah:-

  • A Sky Collapse Triangle
  • She Came From Alaska
  • Whereisted
  • Collawred Owlet
  • Dang Bandangs
  • Shogaze For Neptune
  • Bring Back The Arcade

Acara kali ini di anjurkan oleh mereka yang tak pernah jemu akan muzik dan sering kali terlintas idea untuk buat mini showcase berkaitan indie bands.Meraka mereka ini adalah Kai A.S.C.T,Nick & Jun.Inilah orang yang berkerja keras dalam showcase ini.

So,harap anda dapat memeriahkan lagi suasana SHOWCASE ini dan hebahkan info ini di media media masa yang anda ketahui.Apatah lagi,STONE BAY pun turut sama membyat persembahan.

Jumpa di sana. :)

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..