Simple but...

by 12:18 AM 0 comments

Kalau di tengok melalui gambar ini seolah olah mereka ini ESCAPE dari sekolah  jak kan.Huhuahua,apa apa pun,inilah dia kumpulan The ChiHuaHua.Band ini selalu di undang untuk meramai ramaikan majlis GIGs mahupun open jamm yang berlangsung sekitar Kota Kinabalu.Dan yang pasti mereka mereka ini sangat funny dan mudah di jadikan kawan untuk berborak mahupun bergosip pasal durang durang juga...hehehe

Kali ini saya mau berkongsikan cerita mengenai band The Chihuahua ini kepada pembaca pembaca blog ini.Oklah menurut mereka band ini di tubuhkan sekitar tahun 2008.Mereka ini berasal dari sekitar Kota Kinabalu sahaja dan amat mudah untuk Jamming dalam suatu masa.Almaklumlah,stay dekat dekat jak pun.


The Chihuahua band ini terdiri dari  4 orang anak muda yang sekepala semuanya.Mereka ini adalah:-
  1. Ager - 1st Vox & 2nd Guitar
  2. Ryan - 2nd Vox & 1st Guitar
  3. Hasman - Bassist
  4. Chiko - Drummer


Setakat ini mereka telah menghasilkan 5 buah lagu dan semuanya telah di rekodkan untuk santapan peminat peminat muzik indiependent dan rakan taulan yang inginkan lagu lagu dari mereka.Antara lagu lagu yang telah di rekodkan adalah :-
  1. Boneka
  2. Pergi
  3. Emosi
  4. Jejak
  5. Akan Aku
Sekiranya ingin mnegenali band ini dengan lebih dekat lagi,cari saja pages mereka di Facebook iaitu The Chihuahua Band .Manakala di Myspace pula the chihuahua band.Mereka akan melawan semua peminat peminat yang ingin mendekatkan diri dengan mereka mahupun muzik mereka.Dan saya dapat tahu,dalam masa terdekat ini,mereka akan beraksi di pentas JAMM SESSION.So,jangan lepaskan peluang untuk mengenali mereka ini.

p/s
Support our local band coz,if not US,WHO else !!!!

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..