Its Bandwidth showtime

by 11:34 PM 0 comments

Alhamdulillah,rasanya dah lama tak update atau bagi entri baru di blog ini.Ada yang tertanya tanya kot.Sebenarnya saya amat BZ dengan kerjaya dan kerja luar kawasan Kota Kinabalu.Baiklah,kali ini saya nak share mengenai event yang akan berlangsung pada hari Sabtu ini (19 Feb 2011).

Hanya beberapa hari lagi masa yang di tunggu tunggu oleh beberapa bual local act di Kota Kinabalu ini untuk naik ke pentas STAGELESS.Event kali ini di anjurkan oleh KKBandwidth dan dapat support dari StarBuck Palm Square,Center Point Kota Kinabalu.Ianya akan berlangsung seawal jam 6 ptg hingga 9 malam.

Antara mereka mereka yang membuat persembahan adalah seperti yang anda lihat di gambar di bawah:-

The Retrock

Bring Back The Arcade
A Sky Collapse Traingle
Dan ada dua lagi persembahan dari aweks aweks yang sudah mulai di minati oleh warga internet terutamanya facebook iaitu Joanna Quintin dan sebuah kumpulan adik beradik yang di kenali sebagai JADE SISTERS.


Sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut akan evemt ini,bolehlah berkunjung ke link mereka iaitu EVENT.Dan disana ada boleh melihat antara teman teman yang akan turut hadir ke pesta akustik ini.Biarpun ini hanya persembahan percuma dalam versi akustik,namun yang kita harus banggakan adalah mereka sudah pasti akan mendendangkan lagu lagu ciptaan sendiri dan susunan melodi yang pastinya akan memukau penonton yang hadir.

Jadi,make sure anda tidak ketinggalan untuk melihat pemuzik pemuzik tempatan kita beraksi di pentas STAGELESS anjuran Bandwidthstreetpress.Dan pastikan jangan terlupa membawa KAMERA DSLR ataupun handpon yang ada MegaPixel besar.heheheh.Bukannya apa,saya tiada kamera,so,blehlah tagg saya nanti akan saat saat yang hapenning untuk di kongsikan bersama.Kalau ada yang sudi untuk TAGG lah di FB saya.

Kita jumpa di sana....

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..