Gementar di pentas

by 3:18 PM 1 comments
Sekadar Gambar hiasan
Assalamualaikum & selamat sejahtera pada pembaca pembaca blog ini.Saya dahului jutaan terima kasih kerana sudi membaca dan meluahkan komen komen membina pada setiap kali entri di buat.Tak kuranghebatnya pada yang meninggalkan MSG di ruangan chatbox.

Sebelum itu saya akui yang aya sendiri masih lagi dalam pembelajaran mengenali seni muzik termasuk mengenali setiap jenis muzik,konsep mahupun masih lagi mengenali band band yang ada di seitar Sabah ini.

Kali ini,saya ingin membuat artikel mengenai mutu persembahan band band tempatan kita terutamanya yang ada di sekitar Sabah.Memang tidak di nafikan anda semua memang berbakat besar dalam penciptaan lirik dan penyusunan lagu.Dan juga saya yakin bahawa setiap band itu pasti menginginkan beraksi di atas pentas Underground mahupun teringin juga main di pentas Mainstream.

Cuma, sekiranya anda ingin maju lagu setapak (pandangan aku sebagai peminat band2 INDIE tempatan) kamu kena buang perasaan MALU,SEGAN atau yang seumpamanya.Bukannya apa,kamu dah memiliki lagu lagu yang bagus,peminat yang ramai mahupun pengukut setia konsep lagu yang kamu bawa.Jadi tak sesuai lagi di pentas diselubungi perasaan malu malu atau segan silu.

Sekadar gambar hiasan
Anda adalah penhibur kepada penonton dan pengunjung di dalam acara itu.Jadi itulah masanya anda menunjukkan yang band anda memang ada sesuatu yang tidak ada pada band lain.Bukan itu saja,Atitude di pentas juga anda kena kawal agar persembahan teratur dan makin bertenaga.

Rasanya latihan yang cukup juga harus di praktikkan oleh setiap band bagi memperhebatkan lagi mutu persembahan sekiranya ada panggilan jemputan dari pihak penganjur.Bukannya dapat offer,baru nak jamming.Saya rasa iyanya akan mendatangkan masalah kepada ahli kumpulan mahupun pihak penganjur yang mana band anda belum cukup bersedia dari segi stamina mahupun keserasian.

Dan saya harap dalam tahun ini tidak ada lagi band band yang membuat persembahan membelakangi penonton,mahupun melihat kelantai(hehehe).Kerana anda adalah yang mereka lihat.Tak kisahlah sama ada anda pemain gitar,keybord mahupun drum(buli bah kannn..:)

sekadar gambar hiasan
So,sekiranya ANDA ada peluang naik di mana mana pentas muzik tak kira underground mahupun mainstream atau apa apa jak la pentas,pastikan anda betul betul bersedia dan buktikan yang anda adalah penhibur tetamu yang datang.Biar mereka tak puas akan persembahan yang anda berikan dan pastikan mereka sering melaungkan "WE WANT MORE"


Yang paling penting juga,jangan ada antara anda membeza bezakan antara setiap band.Atau senang cerita menjatuhkan sesama band atas dasar yang anda sendiri tak tahu.Sama sama kita support each others dan sekiranya kita mengetahui kelemahan mahupun kelebihan,harap di kongsikan bersama demi scence INDIE di Sabah ini.

Amacam,boleh bah kan...sebab KALAU BUKAN KITA,SIAPA LAGI

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..