Sickening Art Part IV

by 10:20 PM 0 comments

Tanggal 15 Januari yang lepas adalah tanggal keramat bagi pengemar muzik keras atau di kenali sebagi muzik METAL.Yang mana kali ini SICKENING ART dah melabuhkan tirai untuk kali ke empat dalam acara muzik bawah tanah (Underground) ini.Yang pasti kali ini penganjur telah menjanjikan sebuah band LUAR NEGARA akan membuat persembahan di pentas SICKENING ART ini.

Gigs ini berlangsung sekitar jan 12 tengahari hingga jam 9 malam.Dimana kali ini SICKENING ART menampilkan 10 buah band METAL termasuk 1 band luar negara.Antara band band yang telah membuat persembahan di dalam gigs ini adalah:-

  • Infernel Curse ( Oversea band)
  • Mantak
  • Dimezer
  • Mentally Murdered
  • Dark Power
  • Mortuary Ancentor
  • Demonyu
  • Deleted
  • Unlight Dawn
  • Dreaming Dead

Antara suppoter yang hadir
Memang tidak dinafikan walaupun muzik METAL ini amat sukar dapat perhatian dari orang awan.Pendek kata jenis muzik yang selalu  di anak tirikan.Namun jika kena dengan caranya sudah pasti ianya juga setanding dengan muzik muzik yang terdapat di dunia ini.Malah lebih POWER dan MANTAP dari segi persembahan pemuzik pemuzik itu sendiri.Tapi,yalah,masing masing ada pandangan mereka sendiri.keputusan di telingga orang itu.Sama ada ingin mendengar atau sebaliknya...

Layanzzz METAL
Inilah peminat peminat setia muzik METAL yang berlangsung di mana sahaja.Mereka tetap support semua band yang membuat persembahan di pentas tersebut.Malah mereka tak memilih band mana yang beraksi,semua layannnn...

K. Helvete Ov Mantak
Dalam banyak banyak gambar yang di post oleh brader Jairo Desecrator di FB beliau,Bassist MANTAK ini lah yang menarik perhatian aku.Dimana gaya persembahannya cukup memukau penonton yang ada di RAZZ MA TAZZ masa ini.Warna merah seakan akan darah adalah tread mark baginya.Lebih menghidupkan suasana persembahan di pentas tersebut.Biarpun aku teda di sana,melalui gambar saja,kita boleh tahu,rata rata pengunjung menanti persembahan MANTAK ini.Kerana band ini adalah sebuah band yang sering kali di jemput membuat persembahan di luar negara.

Band ini juga sering kali keluar dalam majalah majalah hiburan luar negara yang mana dapat sambutan di luar jangkaan peminat peminat muzik METAL luar negara.Muzik mereka sangat di minati dan di gemari di luar negara.Jadi,sudah pasti band band METAL tempatan menjadikan band ini sebagai band IDOL untuk mereka menurut jejak MANTAK untuk membuat persembahan luar negara.

Sekiranya anda ingin melihat gambar gambar ketika gig ini berlangsung,silalah berkunjung ke FB brader Jairo Desecrator.Kerana beliaulah reference aku dalam mengenali muzik METAL ini.dia juga seorang tukang gambar masa gigs ini berlangsung.

Teruskan usaha anda mempertahankan muzik METAL ini.Kerana muzik adalah UNIVERSAL.tiada sempadan untuk mengenali atau mempelajarinya.Hanya bergantung pada orang itu sendiri.

Support Metal sebab kalau bukan KITA,SIAPA lagi...

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..