Memang besttt ni band...

by 11:48 PM 1 comments
Z's~All~4'eM 
Pada mulanya aku ternampak ada orang LIKE page ini di FB.aku pun check it out la band ini.Rupanya sebuah lagi band yang berasal dari Sabah iaitu dari kampung halaman aku iaitu Sandakan.So,aku LIKE la pages mereka iaitu ZsAll4eM.Tapi,terus terang aku tak tahu macamana nak sebut nama band ini.Apa apa pun mereka telah mengeluarkan  ALBUM untuk di perdengarkan kepada pengguna FB.

ALBUM
Band ini di tubuhkan seawal tahun 2005 dan mereka ini berasal dari Daerah Sandakan.Yang pasti mereka ini bergerak secara INDIEpendent.Konsep musik yang mereka pertaruhkan adalah Pop,Rock & Alternative muzik.






Band Z's~All~4'eM ini di anggotai oleh 5 orang anak muda yang berbakat besar dalam muzik.Mereka adalah:-
  • Zaifeol (Vocal, Guitar, Composer) 
  • Zaiqito (Drum, Vocal)
  • Zaiizrail (Vocal, Guitar) 
  • Zaionell (Vocal, Guitar) 
  • Zaibrail (Bass, Vocal)






Seperti biasa aku telah mengapproch band ini melalui Pages mereka.Dan alhamdulillah dapat respon baik dari mereka dmana mereka telah sudi berkongsikan lagu2 dalam album mereka untuk di perdengarkan di radio ONLINEFM.Antara lagu lagu yang telah di kirimkan memalui email adalah:-

  • Pacarku Jahat Sekali
  • Hadiah Untuk Alisa
  • Kita Bodoh
  • Tiada Penganti
Setelah mendengarkan kesemua lagu lagu di atas aku pasti ramai peminat mereka selepas ini.Muzik mereka seakan akan band Indonesia yang lirik dan lengoknya seakan akan KANGEN BAND,WALI BAND dan UNGU.Dan aku mula tertarik dengan suara VOX nya yang sangat comel dan sesuai dengan susunan muzik sebegini rupa.Insyallah,aku cuba mendapatkan ALBUM mereka dan memperkenalkan pada pendengar pendengar di luar sana.Untuk mengenali mereka dengan lebih dekat,jangan lupa add pages mereka di FB iaitu ZsAll4eM dan Myspace mereka pula adalah zsall4em

p/s
Memang BESTTTTT,terutamanya lagu Pacarku Jahat Sekali

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..