Manggas Menganazzz

by 10:53 PM 1 comments
Manggas
Sekian lama aku berchatting mengenai muzik metal dengan seorang brader di FB,rupanya beliau adalah line up kumpulan MANGGAS.Dalam diam dia pun tak bising bising,almaklumlah low profile.But he so cool dan to good about teaching music.Kali ini aku mau INTRO mengenai sebuah band metal yang dah lama menyepi,sob sob mau keluarkan SINGLE terbaru.

Manggas di tubuhkan sekitar tahun 1998 yang mana masa itu Manggas di anggotai oleh 4 orang anak muda.Mereka adalah Bataris Sangpi (drum) C6 (Bass) Jairo (Guitar) dan Joad (Guitar+Vox)


Manggas suatu ketika dahulu
Menurut Jairo,mereka(Manggas) tak sangka dapat perhatian dari peminat peminat muzik metal.Sehinggakan mereka telah di intip oleh peminat mereka dimana setiap gerak geri,jamm session or lepaking line up Manggas di ketahui oleh peminat peminat mereka.

Kini kesemua line up line up ini dah bekerjaya dan masing masing ada keluarga.Sudah pasti ianya menjadi satu alasan untuk kurang aktif beraksi di pentas.Tapi,tak mustahil mereka akan COME BACK.


Minggu lepas saya telah menerima email dari salah seorang line up mereka dimana dia telah menghantarkan 5 buah DEMO dari kumpulan itu.Antara DEMO yang telah masuk kedalam email saya sendiri adalah:-

  • Haus Sarbatus
  • Sumpah Puaka
  • Batin Keramat
  • Rintihan Pujangga
  • Gimbaran
Lagu lagu ini sudah pasti akan aku mainkan di dalam Onlinefm didalam segmen ZONE METAL dimana kami cuba memperdengarkan lagu lagu metal kepada pendengar pendengar onlinefm.Di harap dapat sambutan daripada pengemar muzik Metal.

Sekiranya anda ingin mengenali kumpulan MANGGAS ini,anda boleh mengunjungi Myspace mereka iaitu Manggas dan sekiranya ingin mengenali mereka melalui facebook,sila add pages mereka iaitu Manggas

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..