Mengejar Pelangi

by 11:05 AM 0 comments

Operator
Sudah lama tak update blog ini dan rasa rindu pula nak cari band baru yang ingin di kenalkan pada peminat muzik buatan sendiri ini atau lebih dikenali sebagai INDIEpendent.Kali ini saya nak kenalkan sebuah band yang dikenali sebagai OPERATOR.Dianggotai oleh  4 orang anak muda yang minat dengan muzik buatan sendiri iaitu Fauzi sebagai Vox & pemain gitar,Kiko sebagai bassist,Kery sebagai pemain DRUM & Mark sebagai pemain gitar utama.

Mereka semua ini berasal dari kawasan yang berdekatan dengan Bandar Kota Kinabalu.Antaranya Kudat,Tamparuli dan rasanya yang paling jauh adalah Ranau.Tapi itu tidak dijadikan sebagai alasan untuk bekarya atau Jamming di bandar KK.Kalau dah minat pada muzik,tak kisah jauh atau sukar,akan di tempuhi juga...


Biarpun mereka ini masih BARU dan kurang dikenali oleh pengiat muzik tempatan,terutama sekali di Sabah mereka dah mengeluarkan beberapa DEMO untuk anda nilai akan hasil ciptaan mereka sendiri.Dan semestinya akan  disenaraikan demo mereka untuk di putarkan melalui radio Onlinefm.

So,terpulang kepada anda yang ada di luar sana untuk membantu mereka dengar memberi semangat,komen membina dan sebarang idea untuk mereka lebih bersemangat menghasilkan lagu lagu terbaru mengikut konsep muzik yeng mereka bawa.Dan sekiranya anda ingin mendengarkan DEMO mereka dan ingin mengenali mereka sila lawari page mereka di facebook iaitu Operator.

Dan saya mensyorkan anda cuba menghayati dan dengarkan lagu mereka berjudul MENGEJAR PELANGI.Kerana inilah antara lagu yang akan di senaraikan untuk memasuki server Onlinefm yang mana lagu ini akan sentiasa di putarkan walaupun tanpa ada penyampai yang bertugas.

Kepada bakal bakal event organiser,sudi sudikanlah memberikan mereka ini eluang untuk beraki di pentas anda demi membantu band band kita mempamerkan bakat dan mutu persembahan mereka di dunia sebenar...

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..