Gadis dari Planet

by 3:23 PM 0 comments

Mula mula aku tertanya tanya siapakah dia ini.Secara tiba tiba bertanyakan soalan "BRO,buli kah kasi main lagu kami"?so,aku punya jawapan,still the same jak la.Asal lagu sendiri,karya sendiri why not...

Band ini di tubuhkan sekitar awal 2008 yang mana di angotai oleh 3 orang anak muda.Iaitu Tanza (Vox & rytm)San(lead guitar)Zazn(Bassist).Muzik mereka berkonsepkan Alternatif rock 60an.Dan semestinya semua karya mereka di hasilkan oleh mereka sendiri

Nah,akhirnya kemarin,Brader ini telah mengirimkan DEMO pertama kumpulan mereka yang di kenali sebagai AER.Bukan setakat DEMO saja,sekali dengan lirik woo, dia sertakan.Ni baru lah,Terima kasih BRO...

inilah antara lirik lagu tersebut...


Antara planet –planet galaksi kita bersama..
Antara satellite dunia bintang kita menyinar..
Di orbitnya..
Bima sakti perasaan..
beragam fakta idealisme
di atmosfera beradu asmara astronomi
Mengitari cara  teori..
Jasadmu jauh sejuta cahaya..
Jasadmu jauh di ruang angkasa
Komunikasi ku teleskopmu..
Distenasi ku mencarimu di akhir hayat
kerahmatullah..



Ini adalah singel pertama mereka iaitu GALAXSI PLANET ASMARA.Ianya berkisar tentang seorang penduduk bumi yang terjumpa alat kumunikasi angkasa lepas.Dia mendapati ada seorang gadis yang di dalam talian tersebut yang merupakan penduduk planet lain.Mereka pun berbicara,berkenalan dan menjalinkan hubungan cinta menerusi talian talifon tersebut.Lama kelamaan,Ayah kepada gadis itu dapat menghidu perhubungan mereka dan mengambil keputusan untuk merampas alat komunikasi tersebut dan mengurung gadis tersebut dalam sebuah bilik.Dan di dalam bilik itu HANYA terdapat sebuah Taleskop dan hanya benda itulah sahaja yang dapat mengubat kerinduaan gadis tersebut pada lelaki itu.


Setelah tak tertahan rindu di hati,lelaki tersebut mengambil keputusan untuk mencipta sebuah mesin untuk terbang keplanet tersebut.Dan setelah siap,dan menuju ke sana,kapal angkasa yang di ciptanya itu telah di serang oleh penduduk planet tersebut.Dan yang pasti lelaki tersebut telah gagal untuk bertahan dari serangan peluru dan telah pun menemui ajal di samping menahan rasa rindunya terhadap gadis yang di cintainya itu...


Waduh,ini baru lah maksud lirik lagu.Sangat mendalam dan penuh pengorbanan demi cinta terhadap gadis planet tersebut.


Sekiranya anda ingin mengenali dengan lebih dekat mengenai band ini,sila layari Fan Pages mereka iaitu AER atau myspace mereka iaitu Aer.


So,jangan lupa support dengan mendapatkan DEMO mereka yang sedang di jual dengan harga rm7.Yang mana mereka mempertaruhkan 4 demo dalam CD tersebut.Yang pasti suatu hari nanti saya akan dapat melihat sendiri mereka bermain di pentas "ONLINEFM Mini Jamm"..

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..