The Vengeance JUARA

by 10:20 PM 0 comments
 Berlangsung pada 20 Nov lepas (Kemarin) dimana Battel Of The Band yang ditunggu tunggu oleh pengemar muzik tempatan akhirnya terjawab.Pada mulanya saya datang ke sana dalam jam 7 mlm dan hujan begitu lebat.Apa boleh buat kan,dah nak support band band INDIE kita yang beraksi di pentas Battel anjuran KPD,kena rempuh saja lah.Aku tak seorang,,malah di temani oleh rakan setugas suatu ketika masa di dalam Sabahan.FM iaitu Dj IsKatamBula.Beliau dapat kebenaran untuk membuat lintas langsung dari pentas utama,Tahniah di ucapkan pada beliau..


The Vengeance Band
Antara kumpulan yang bertanding pada malam itu adalah The Vengeance,Komando,Woodpecker,Mr. Barbarik & Nasiraw.Sememangnya kesemua band band ini MANTAP dan ada kelebihan masing masing.Pada awal acara,kami semua di hiburkan oleh pertandingan nyanyian DANGDUT.Nahhhh kauu,apa lagi babu babu yang ada di sana,begagar lutut mereka bila dengar lagu lagu dangdut berkumandang.

Manakala kaum lelaki POK SILAP iaitu melihat GOYANG GERUDI lah,huahuahuahuhauha.Bagus bagus ada kerusi untuk duduk,mau juga berdiri kunuk,hishhhh....

 Band yang pertama membuat persembahan adalah The Vengeance.Mereka membawakan 3 buah lagu secara medley.Penyanyi mereka kali ini adalah yang mempunyai suara yang mantap dan sesuai dengan pilihan lagu yang mereka pertaruh kan.Di perhebatkan lagi dengan petikan gitar STEED yang memukau hati juri dan juga penonton.Apatah lagi penonton yang berada di hadapan pentas,semuanya bersorak sambil bertepuk memberi semangat kepada beliau.Nasib dia (STEED) indak MELATUP.

Seperti di jangka,mereka THE VENGEANCE telah menjadi Juara dalam pertandingan ini.Dan yang paling manis lagi STEED & AEFEEZ telah di nobatkan sebagai pemain gitar & keybord terbaik dalam pertandingan itu.So,Memang rezeki mereka lah malam tu...Tahniah BRO..:)


Komando Band

 Tak kurang hebatnya juga dengan band Komando yang penuh bertenaga apabila berada di pentas.terutamanya vokalist mereka.Masing masing menainkan peranan mereka memberikan persembahan yang terbaik untuk menjuarai pertandingan malam itu.Peminat kumpulan ini juga tak kurang hebatnya.Tapi sayang,mereka juga tidak dapat menjuarai pertandingan ini.Insyallah,kalau ada pertandingan lain lagi,pastikan kumpulan KOMANDO ini akan menyertainya dan usahakan lagi agar berjaya.


Mr Barbarik

Kumpulan ini ( Mr Barbarik) juga tersenarai dalam 5 band yang akan membuat persembahan untuk mendapatkan gelaran JUARA pada pertandingan ini.Persembahan mereka di kategorikan sebagai persembahan yang gempak dan hapenning.Sorakkan dari peminat dan penonton pun tak kurang hebatnya.Walaupun begitu mereka tak ada rezeki kerana di nobatkan sebagai tempat keempat sahaja dalam pertandingan ini.Its ok FOLKS,dah adat pertandingan,kalah menang tak jadi hal,Semangat tu yang harus di sematkan di dalam hati pemuzik2 yang berbakat seperti anda semua..

Nasiraw
Ha,kalau band ini,aku sangat terkejut bila mendengar suara vokalistnya.Dia mengingatkan aku zaman kegemilangan band band rock kapak yang hebat sekitar tahun 80an.Disamping pakaian mereka dan gaya persembahan mereka,SAH dan memang betul kata vokalistnya diawal persembahan mereka bahawa NASIRAW adalah PENYAMBUNG warisan band band 80an.Walaupun tak memenangi pertandingan ini,tetapi vokalistnya telah dinobatkan sebagai vokalist terbaik pada malam tu.Tahniahhh BRO..:)

Me with The Vengeance & Frendz
Ni kes kena tarik oleh band the vengance untuk bergambar gaambar dengan mereka lah ni.Almaklumlah,aku ni tak besa begambar gambar ni,bukannya artis pun macam durang durang ni kan...:)

Me with Wan KIBOT & Aefeez
Aku rasa bertuah kerana di apit oleh pemain keybor terhebat di KK buat masa ini.Mereka berdua ini adalah pemain keybord untuk band The Vengeance (Aefeez) & The Fingers (Wan Kibot).Masing masing ada kebolehan dengan alat muzik yang mereka main.Siapa tak kenal si Wan kan...milo ping satuuuuuuuuu

p/s
Tunggu akan BATTEL OF THE BAND yang seterusnya FOLKS...:)

BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..