Rock En Soul

by 9:39 PM 0 comments

Alhamdulillah,secara perlahan lahan muncul bak cendawan lepas hujan akan band band INDIE di Sabah ini.Kalau sebelum ini,mereka lebih aktif di atas pentas GIGs,kini dah berani menampilkan diri di dunia hiburan menerusi Internet terutamanya Facebook.

BAnd yang seterusnya yang ingin saya perkenalkan pada warga Sabah mahupun peminat muzik muzik INDIE ialah Rock En Soul atau lebih di kenali sebagai R.E.S


Rock En Soul a.k.a R.E.S
Band ini di tubuhkan sekirat tahun 2006.Manakala konsep yang mereka bawa adalah J Pop / Rock.Pada masa itu,line up band ini terdiri dari 6 orang.Iaitu Rafi,E-Jump,Dedeq Romi.Dan masa itu di bantu oleh Rojan(bassist Aries) & Pip(Goyang72).Kini line up mereka yang tetap adalah NANDI,ROMIE,DEDE & WADI.Mereka juga mengharapkan agar line up kali ini akan bertahan lama untuk mereka mengembagkan lagi muzik mereka di Sabah terutamanya Kota Kinabalu ini..

Band ini juga telah merakamkan sebuah DEMO untuk santapan pendengar pendengar muzik tempatan.Anda boleh dengari melalui myspace mereka ini.R.E.S ini juga  sedia menerima sebarang komen dan pandangan dari pihak anda untuk  memperbaiki lagi mutu penyampaian mahupun prestasi persembahan di pentas pentas GIGs yang akan datang.

Band ini  juga memerlukan support anda untuk mengundang mereka bagi memeriahkan lagi suasana GIGs yang akan berlangsung sekitar Sabah ini.Dan apa juga aktiviti muzik yang berkenaan band band INDIE.Sudi sudikanlah menjemput mereka dengan menghubungi salah sorang band member mereka di talian 0168403340 (DEDE).


Untuk yang belum mengenali R.E.S dan lagu mereka,saya sertakan klip vedio mereka ketika menjadi jemputan masa pameran KRAF 2010 yang berlangsung di Lintasan Deasoka,KK minggu lepas.





BRo Langau

Penulis Blog

Blog Yang Memberitahu Perihal Pemuzik Tempatan Khususnya Di Sabah.Yang Mana Meraka Ini Perlukan Sokongan Dari Anda Semua..